Saturday, 20 January 2018

Kenduri 03/18 ~ Atok bomba sambut menantu πŸ˜€


Alhamdulillah nampaknya jemputan kenduri tak putus-putus datang... Setiap minggu bulan ni ada2 je jemputan kenduri. Bulan dua, bulan tiga pun dah ada undangan. Ini yang untung bila tinggal di kejiranan orang-orang pencen haha... Sukahati Umi dapat gantung kuali hari2 minggu. 


Hari ni Timb Pengerusi surau, pesara bomba buat kenduri kahwin anaknya. Abang2 bomba datang naik kereta bomba lagi. Sukalah budak2 ni dapat posing tepi kereta bomba. Bukan selalu dapat peluang gini. 

Asal senyum je mesti mata tutup :D

Budak2 ni bukan nak makan nasi kenduri pun. Ada ice cream cone, itulah yang depa angkut. Sorang dua cone pulak tu. Bila Umi tegur, Angah siap komplen "angah baru makan dua" 😊 cukuplah tu nak, ada orang tak makan pun lagi :p

Sedap betul lauk pauknya. Habis ke laut diet Umi. Eh, diet tu apa ye 😜


Kuih kuih, dessert macam-macam sampai tak termakan. Ada pulut ikan masin, teringin juga tapi bila dah pekena nasik terus kenyang. Makan bingka ubi kayu je sebagai dessert. Alhamdulillah kenyang. 

Terima kasih daun keladi ye Atok Bomba (as the kids fondly call him)...

Door gift yang manis, set sudu & garfu; 


Moga pengantin baru saling lengkap melengkapi seperti sudu & garfu yang sentiasa bergandingan πŸ’

7 comments:

  1. hahah satu team bomba datang siap bawak lori bomba.. bayangkan kalu keje driver ambulans.. satu team ambulans lak datang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...org kuat bomba agaknya atok ni dulu hikhik

      Delete
  2. What a cute name - Atok bomba hah..hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. They call everyone in the neighborhood atok haha... Especially those they meet regularly at surau, were given a nickname :D

      Delete
  3. wah, cantiknya doorgift! Tak pernah lagi dapat doorgift sudu garpu. Mahal kot! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before this pernah dapat tapi yg kecik comey tu. This time mmg size sudu makan tu. Akak simpan sekali dgn kotak sbb kotak tu cantik hehe

      Delete
  4. Pandai sungguh tuan blog kaitkan gift dengan doa utk pengantin ye...Rajin jugak awak memenuhi undangan ye PH. Sebaris dengan rumah Atok Bomba ke?

    ReplyDelete