Tuesday, 17 October 2017

Resepi ~ Bubur Asyura Kedah



Salam selasa πŸ˜ƒ

Salah satu tradisi orang kampung Umi, juga di sesetengah tempat akan buat bubur asyura bila masuk 10 Muharram. Kadang tu bergotong royong kacau bubur asyura ni di masjid atau surau. Kadang tu gilir2 tolong mengacau. Kalau hari ni tok buat bubur asyura, jiran2 terdekat pakat mai tolong kacau. Esok pulak bila turn orang lain, tok pula tolong kacau. Biasanya buat tu dalam kuantiti yang agak banyak, kacau dalam kawah sebab tu perlu ramai orang yg menolong sebab bila masak bubur asyura ni tak boleh berhenti mengacaunya. Nanti berkerak di bahagian bawahnya. 

Kalau di kampung Umi ada 2 jenis bubur asyura yg selalu dibuat; jenis lemak atau manis. Arwah tok wan suka yg lemak, makan cicah dengan gula. Umi pula suka yg manis. 

Umi pun 10 muharram hari tu kacau jugak lah bubur asyura. Resepi Umi pinjam dari K. Yati cahaya hidupku. Tok takde simpan resepi, semua main agak2, main campak2 ja. Susah sikitlah bagi 1st timer macam Umi ni 😊

Kita post kat sini ye k.yati cayang. Untuk rujukan juga perkongsian. Moga akak beroleh pahala berterusan insha Allah. 

Credit : K. Yati Cahaya Hidupku.

Cuma bila Umi masak tu, tidaklah straightforward method nya. Kena tambah air juga bila adunan tu start berketul-ketul atau meletop-letop. Takut tepung tak cukup masak nanti cepat basi kata tok. Rahsianya kalau adunan tu kering, tambahlah air hihi... Satu lagi tip pakai kuali besar ye, supaya senang nak mengacau dan nak adjust tambah air dan bahan2 macam keledek, jagung dsbnya. 


Alhamdulillah berjaya juga Umi masak bubur asyura ni. 

Inilah hasil kerja keras mengacau bubur non-stop sejam lebih 😁

Dapatlah 2 bwkas kecik ni. 

Bulan muharram masih berbaki lagi 4-5 hari, cepat2 lah cuba ye resepi k.yati ni. 

9 comments:

  1. Rajin juga ummi ngaco bubur asyura kan, akk seumur hidup tk pernah lagi masak bubur asyura ni. Lagipun bubur asyura teganung jugalah jadi idaman kalbu, tapi tak balik2 Teganung Tak dapatlah makan buburnya.
    Tahniah atas kejayaan ngaco bubur asyura, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita org Kedah mesti nak buboq asyura Kedah hehe...

      Berjaya juga Kak. Belajo ngacau sementara bole blajo dgn mak...

      Delete
  2. It looks nice but the first photo, it looks like kueh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, you can eat them lembut/cair or kacau sampai quite keras then sejukkan. Once dah sejuk boleh potong like kueh. I prefer the layter.

      Delete
  3. Mama X penah try lagi bubur asyura Kedah ni

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat. Tapi makan rasanya pernah. Cuma warna dia sedikit lain dgn yg hakak makan. Kalau tak silap warna bubur Asyura yg pernah makan tu lagi gelap... mungkin ada pulut hitam kot hahaha....

    Sedap yeh PH?

    ReplyDelete