Sunday 23 July 2017

Penutup syawal ~ jumaat sampai ahad beraya sakan...


Cenderahati dari wedding dan aqiqah di rawang. 

Jumaat malam kami ke rumah ex-boss Umi, EA. Caterer masih sama, k.sue yang selalu masak untuk jamuan ofis so terubatlah rindu Umi nak makan masakan k.sue ni. Nasi minyak dgn ayam masak merah k.sue is one of the best pada tekak Umi. Kuah kacang dia pun sedap. Terbayang-bayang la pulak 😉 

Hari sabtu ada 7 jemputan! Terpaksalah prioritize. Tak mampu nak pergi semua. 



Firat kita attended wedding di bangsar. Anak bongsu Tn Kassim, jiran setaman kahwin. Seronok dapat jumpa jiran2 setaman. Time raya mostly balik kampung. Dapat jumpa time kenduri macam ni pun oklah. Gathering raya pun dah lama tak buat, takde yang nak kisah 😑

Dari situ bergerak ke rumah ex-boss Walid pula. Haruslah makan nasi lagi sebab daging masak kurma (kot) sangat menggoda. Kari ayam pun irresistible sebab anaknya yang amik course culinary masak. As usual, menu tradisi serawa durian a must eat dessert. Angah pulun sampai 2 mangkuk! 

Then kita gerak ke rawang, rumah member uni. Buat aqiqah & open house sekali. Member ni ada outlet JM Bariani jadi takkan lah kita tak rasa nasi beriani nya kan? Kalau tunggu lama sikit boleh makan kambing golek but it was late already so kita gerak balik. Seronok kat sini sebab jumpa kawan2 uni yang dah bertahun tak jumpa. Ada yang tak pernah jumpa langsung pun after graduation berbelas tahun dulu. Tapi tu la masa tak mengizinkan. 

Sampai rumah around 7. Sempat lah Umi iron baju sekolah anak2 dulu sementara nak keluar semula malam tu. Ingatkan nak singgah tunjuk muka je tapi bila sampai alahai sikit punya grand majlisnya. Untuk kids ada play area lagi. Konsep kenduri pula stall concept. Ada stall nasi/mee/bihun goreng ala pasar malam, satay, laksa/laksam, cendol dll. Dalam kata kenyang tu hampir semua jugaklah Umi rasa 😁 Tapi share dgn Walid lah. Anak2 pula asyik usung aiskrim goyang. Moga bertambah murah rezeki danish sekeluarga. 

Satu-satunya gambar yang Umi sempat snap di rumah danish. Lepas tu memori full, banyak sangat gambar belum transfer 😉

Asalnya malas nak pergi tapi kesiankan Angah. Ini satu2nya jemputan dari schoolmate dia, best friend pulak tu memang dia excited sangat. It turned out to be the best open house alhamdulillah. Anak2 lah yang seronok sangat. Umi pun happy juga dapat kenal dengan mama danish yang sangat friendly and baik hati tu. 

Ahad ada bday party aisyah di cheras. 50-50 nak pegi ke tak sebab penat beraya semalam belum habis. Tiba2 jiran selorong datang jemput kenduri di rumahnya. Katanya buat aqiqah tapi setau umi depa takde baby. Rupanya anaknya dah 5 tahun hehe... Lega umi, confirm lah tak payah masak 😁 rumah jiran takkan tak pergi kan? Lauk pauk kenduri ni sangat lah sedap. Masak sendiri oleh tuan rumah. Depa ada restoran dulu tapi dah tutup katanya. Patutlah masak sedap, tauke restoran 😀

Dah setel cerita raya Umi. Rasanya this year paling banyak jemputan, alhamdulillah. Murah sungguh rezeki raya tahun ni. 

Minta maaf pada yang tak sempat hadir ye. Jangan serik jemput lagi tahun depan 😄

4 comments:

  1. wah banyaknya jemputan tu, seronok dapat makan yang sedap2 di penutup syawal ni. saya semalam dirumah kakak saja dia buat open house adiknya pun datang makan saja dan tapau makanan bawa balik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak 😀

      Kalau beraya rumah adik beradik besh, bole tapau hehe

      Delete
  2. Kaya jemputan Raya ye awak PH....kenyang sepanjang bulan Syawal nampaknya ni hihi....
    Tak pe.... kalau makan sikit sikit, insyaallah perut masih mampu menampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Kak. Tahun lepas 'miskin' 😉

      Kadang tu dah kenyang pun amik juga sikit nak merasa. Kalau xx jamah kan balik rumah teringat2 pulak :)

      Delete