Monday 29 June 2015

Ketupat Palas Sambal Bilis



Semalam Mak buat ketupat palas. Katanya teringin nak berbuka dgn ketupat. Tapi sebenarnya saya tahu Mak buat tu utk kami, bukan utk Mak pun. Raya ni Mak tak beraya dgn kami jadi dia buat siap2 utk anak cucu makan. Beberapa hari sebelum puasa Mak dah buat ketupat di rumah Abang. Itulah kasih sayang seorang ibu. Sentiasa mendahulukan dan menggembirakan anak2.

Ketupat ni kami regukan dgn sambal bilis petai. Mungkin pelik bagi orang lain, tapi biasa bagi kami, ketupat palas dicicah dengan sambal ikan bilis. Inilah juga juadah hari raya yg saya nikmati waktu kanak2 dulu. Dulu tak kenal pun rendang ayam/daging. Biasanya ayam/daging dimasak gulai serai lengkuas. Itupun dinikmati oleh ahli keluarga sahaja, bukan utk dijamu kpd tetamu. Maklumlah ayam/daging adalah makanan mewah bagi zaman tu... utk tetamu biasanya ketupat dihidang bersama sambal ikan bilis. Malah ada juga diregukan dgn gula. Ikut kemampuan tuan rumah. 

Setiap kali Mak membalut ketupat saya juga turut sama. Dah beberapa tahun belajar semalam dapat jugalah menghasilkan ketupat yg cantik dan kemas balutannya. Ada la improvement dari tahun ke tahun :) rasa menyesal pulak kecik2 dulu tak belajar. Dah jadi Mak orang baru teringin nak belajar. He he... 

2 comments:

  1. Lamanya x makan ketupat palas ni kak... saya suka makan dgn serunding daging... yummeh!

    ReplyDelete