Monday, 18 May 2015

Selamat Hari Guru



Bila Abang memberitahu dia ingin memberi hadiah kpd cikgunya sempena hari guru, lantas saya teringat pengalaman sendiri meraikan hari guru. Seingat saya sewaktu zaman saya bersekolah dulu terutamanya semasa di sekolah rendah tidak pernah kami meraikan hari guru dengan pemberian hadiah. Kami anak2 kampung jauh di pedalaman. Mak ayah kebanyakan bekerja kampung seperti menoreh getah yg punya pendapatan yg tidak tetap. Jangankan hendak membeli hadiah utk cikgu, duit yuran pun bertangguh sehingga ke hujung tahun. Cikgu2 pun faham keadaan kami. Justeru sambutan hari guru kami hanya diwarnai dgn ucapan guru besar dan persembahan murid. 

Tapi, jasa guru tak pernah dilupa. Sebab itulah setiap kali tiba musim buah berebut2 Mak ayah kami menghadiahkan hasilnya kpd cikgu2 kami. Penuhlah but kereta cikgu dgn durian, rambutan, langsat, manggis, rambai, tampoi juga petai! Bukan sehari malah berpanjangan sehingga habis musim buah. Arwah pak akan memilih buah durian dari pokok yg paling sedap isinya utk dihadiahkan kpd guru2 saya, terutamanya Cikgu Jamil, guru kelas saya selama beberapa tahun. Melihat senyuman ikhlas cikgu tanda terima kasih juga genggaman erat tangan Pak menyalami tangan cikgu adalah kepuasan bagi saya. 

Manakala sewaktu di sekolah menengah kami pernah 'mengenakan' seorang guru pelatih dgn hadiah misteri. Idea ini datangnya dari rakan sekelas kami, DA. W/pun tidak terlibat secara langsung kami semua bersetuju utk bertangjungjawab sekiranya apa2 terjadi. DA memasukkan  beberapa ekor serangga spt ladybird dan belalang kecil ke dalam kotak dan diberi kpd cikgu. Kesian cikgu bila kotak dibuka habis berterbangan serangga2 tersebut. Pucat muka cikgu krn terkejut. Nakal.

Manis sungguh kata2 Abang utk cikgu kesayangannya. 

No comments:

Post a Comment