Sambung cerita semalam....
Memandangkan balqis masih lena, saya mengajak Abang & Angah mengambil angin di pantai. Ikutkan mereka berdua nak mandi laut tapi saya tak benarkan kerana kami ada acara sukaneka selepas sarapan. Main pasir je la....
Selepas bersarapan kami berkumpul untuk acara sukaneka. Abang masuk acara 6 thn ke atas manakala Angah acara 6 thn ke bawah. Satu2nya acara yang disertai oleh Angah ialah mencari gula2 di dalam tepung. Dapat sebiji gula2 terus dia stop taknak main. Alasannya muka dia comot kena tepung! Hahaha...
Petangnya adalah acara bebas. Maka ramailah yg meronda di bandar kuantan. Antara tempat yang diserbu ialah Mustafa Cendol yang terkenal tu. Kami juga ke sana utk minum petang.
Malamnya ada bbq dinner dan acara penyampaian hadiah utk sukaneka, staff awards dan juga lucky draw. Acara bertemakan warna hitam putih dijalankan secara santai di tempat terbuka at a secluded area. Sangat OK memandangkan terdapat ramai kanak2. Ada yang berlari ada yang melompat. Sukahati je...
Yang paling mengujakan hubby berjaya memenangi salah satu hadiah istimewa utk lucky draw, voucher hi-tea di menara KL. Alhamdulillah. Jika tiada halangan dapatlah kami merasa naik menara KL.
Acara terakhir utk malam ini adalah sesi bergambar. Seterusnya kami memilih utk berehat di bilik sahaja w/pun ada yang mengajak keluar minum.
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment