Sunday, 3 May 2015

Bercuti di Kuantan


Tahun ni IAD memilih Kuantan sebagai venue untuk family day. Lebih tepat di Pantai Beserah, Kuantan. 
 
Masing2 memilih utk bergerak sendiri ke destinasi. Memandangkan jumaat lepas ramai yang balik kampung & bercuti di pantai Timur jadi bilangan kenderaan sangat banyak. Dari tol gombak ke genting sempah mengambil masa sejam. Dan di semua R&R dan lay-by memang full. Mujur juga kami sudah siap bersarapan sebelum bertolak. 

Sedang mencari2 hotel azan zohor berkumandang. Terus kami mencari masjid utk solat jumaat. Usai solat kami terus ke Hotel Mandurah. Letaknya bersebelahan dgn duta sands beach resort. Sekarang dikenali dgn nama M Hamlet Chalet. Kedua2 tempat ni dimiliki oleh owner yang sama.


Dari bilik hotel kami boleh lihat pantai yang cantik. Hilang segala penat lelah sepanjang 4 jam diatas jalan raya. Subhanallah sungguh memukau pemandangan yang dapat dilihat. 

Sepatutnya acara pertama dijadualkan pada jam 3 ptg tetapi terpaksa dilewatkan memandangkan masih ramai yg belum  tiba. Selepas berehat saya bawa anak2 ke pantai sementara hubby rejoin dgn officematesnya utk briefing dan indoor games. Acara mewarna utk kanak2 juga diadakan tapi anak2 kami prefer utk bermain di pantai. Umi laaagilah suka :)


Malamnya kami beramai2 ke tanjung lumpur. Makan di restoran santai. Femes restoran ni. Tempatnya cantik tapi bagi saya food biasa2 je. Tempatnya very crowded dan kurang selesa bagi group kami yg ramai anak kecil. Mungkin pemilik boleh menambah bilangan kipas agar tidak terlalu panas. W/pun team IAD buat reservation tapi tempat yg disediakan terlalu pack. Habis makan semua berkeliaran mencari angin! Majlis berakhir dgn acara lucky draw. 

There goes our 1st day. Esok sambung cerita hari ke-2, insha Allah. Nak laundry baju yang berbakul2 :) 



No comments:

Post a Comment