Wednesday 11 March 2015

Throwback #1 : Pucuk Ceperai



Ahad lepas saya bawa mak ke pasar pagi di greenwood. Sampai di sana kami berpecah, membeli keperluan masing2. Mak memang suka bila dibawa ke pasar. Misi utama beliau biasanya mencari ulam-ulaman dan sayur kampung. Tiba dirumah mak bagitau saya katanya dia beli pucuk ceperai. Terkejut juga saya, tak sangka sayur kampung yang dah jarang dijumpai ni ada dijual di sini.

Saya tak pasti apakah nama rasmi bagi tumbuhan renek ini. Yang pasti penduduk kampung saya di Berlin menamakannya pucuk ceperai. Kalau ada yang tahu sila tinggalkan komen ye. 

Sewaktu kecil saya sering mengikut Mak mencari dan mengutip pucuk ceperai untuk dijadikan sayur. Pokok ceperai ialah sejenis pokok renek yang berketinggian sekitar 1-2 meter. Pokok ini biasanya ditemui di kawasan bukit dan semak. Tumbuhnya dicelah-celah pokok hutan yang lain, menumpang redup pokok getah yang merimbun. Orang kampung saya kebanyakannya menjadikan tanah mereka di kawasan bukit yang terletak di hujung kampung sebagai kebun getah. Kebun getah ni pun tidaklah kemas dan terjaga seperti di ladang atau estet. Sesuailah dgn letaknya di bukit. Tanah bukit ni diteroka oleh generasi datuk nenek kami. Kami pun selesa merujuk kebun getah sbg bukit. 

Jadi setiap kali nak memetik daun ceperai ni kami akan ke bukit. Dulu Mak ambil upah menoreh di kebun Paklang. Terdapat beberapa batang pokok ceperai disitu. W/pun pokok ini jarang ditemui, jika kena musim ia berpucuk memang banyak. Cukup dgn hanya mengutip daun dari 1-2 pokok sahaja. Buahnya berwarna hijau dan bila matang berwarna oren pinang masak juga boleh dimakan. Saiznya kecil ala2 buah malinja. 

Pucuk ceperai ni biasanya dimasak lemak putih. Dicampur dengan suhun, fucuk juga keledek manis untuk menambah rasa. Rasanya ala2 pucuk manis, lebih kurang.

Sekarang jarang benar menikmati sayur ni. Tidak pasti samaada pokok ceperai di bukit masih ada atau sudah pupus. Menurut Mak pernah juga arwah Pak cuba menyemai biji benih pokok ni tapi gagal. Anak pokok yang diambil dari induk juga tidak mahu hidup di kawasan kampung!

Malangnya terlupa pula nak snap gambar bila dah dimasak. Excited sebab dah lama tak makan:)


2 comments:

  1. first time dengar nama ni... heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada nama lain tu... akak pun tercari2 gak :)

      Delete