Monday, 22 December 2014

Makan Kenduri di Lunas



Sabtu 20122014, kami sekeluarga ke Lunas, Kulim utk meraikan hari bahagia Ali, sahabat baik Hubby. Kawan baik punya pasal kami sanggup turun ke Kedah sekali lagi dalam tempoh dua minggu. 

Peace yo! Jom pi makan kenuri

Bertahun bertugas di negeri di bawah bayu,  kami sangka Ali akan bertemu jodoh dgn org Sabah. Rupanya jodoh Ali dgn orang Kelate. Rombongan pengantin tiba dgn sebuah bas. Ketika kami sampai, rombongan mereka masih berteduh di surau sementara menunggu sambutan pihak lelaki. Hujan agak lebat ketika itu. Moga2 hujan rahmat...

Main hujan!

Memandangkan hujan yg berpanjangan, kami hanya berada di majlis lebih kurang sejam sahaja. Usai berfoto dgn pengantin kami bergerak meninggalkan majlis. Menuju ke Ipoh. 

Semoga Ali dan pasangan beroleh bahagia yg dicari, dirahmati dgn kasih sayang berpanjangan dan dikurniakan zuriat yg soleh & solehah.

Selamat Pengantin Baru!

No comments:

Post a Comment