Wednesday 18 June 2014

Jualan Gudang The Store



Sejak 'berkenalan' dgn jualan gudang (warehouse sale) ni, pantang dapat tahu je mesti saya serbu esp yg buat warehouse sale for kids & baby products. 

Semasa balik dari JJ Keramat tempohari saya dah perasan ada bunting the store warehouse sale ni. So Sabtu lepas saya ajak hubby pegi cari baju raya utk kids. Last year pun saya shopping kat sini jugak. Alhamdulillah it was a good bargain. Based on that experience, saya mmg menunggu2 jgk utk sale ni. Most of the items are offered at 50-70% discount. Items xdelah branded sgt tapi for me worth buying esp for kids. Mahal2 sgt pun nanti comot. Hikhik. 

Memang rambang mata jugak saya memilih esp 1st time nak beli baju raya utk anak pompuan. Semua nampak cantik je :)


Paling banyak saya beli utk Abang. Time warehouse sale ginilah selalu saya spent banyak utk Abang. Saya beli round neck shirt kat dia 4-5 helai. Satu, sebab cuaca panas dijangka sampai raya kan. 2nd reason raya nanti byk hari nak spend kat kampung, better pakai round neck shirt je. Harga after discount dalam rm15-30. Jeans pun saya beli selai je. Rm23.90 je, jenama o'dear. Tak berani beli byk2 sbb dia cepat besar. 

Yang paling susah nak cari ialah baju utk Angah. Frame badan dia kecik even dah 3 thn tapi baju utk 1-2 tahun muat lagi dgn dia. Utk 3 thn biasanya gelebeh sikit. Dapat jugaklah 3-4 lai utk dia.

Yang best sekali mestilah shopping utk cik Balqis. Cuma gaun tu still mahal bagi saya, around rm40 after discount. Saya beli baju biasa2 je, sepasang dlm rm15-18 gitu. Bolehlah pakai raya ke 3 4 5 dan seterusnya :) baju utk raya pertama dah beli lama dah. He he. 


Actually masa update blog ni, saya baru balik dari shopping (revisited) sbb hari ni baru mula sale utk handbags & shoes. Handbag memang menarik cuma xde yg berkenan. Kasut x banyak choice. Yang lain2 ada cadar, toiletries, bantal, toys, shawl dll. 

Cumanya kids apparel dah tak banyak choice. Diorg dah rotate with bags & other stuff. Mujur saya dah beli hari tu. 

Sale ni akan berlangsung sehingga 29 Jun. Tempatnya di Dewan Serbaguna Lembah Keramat AU5. Alang2 sampai ke sini jangan lupa singgah ke gerai Sate Sri Melaka, sebelah Esso tu. Happy shopping!




No comments:

Post a Comment