Wednesday 4 January 2012

Warna Warni 2011

Dah terlambat ke? Boley la kan, nak corat coret sikit sebanyak pasal tahun lepas yang baru 2-3 hari berlalu nie.. semoga catatan ini akan menjadi kenangan abadi di masa depan.

Januari
Tengok! Kalau saya x buat catatan nie mesti saya x ingat apa yang berlaku sebelum2 nie. Ini pun saya dah lupa, apa peristiwa menarik Januari 2011 ritu.. Aduhai.. hilang ingatan kejap. Rasanya masa nie dok pikir pasal nak bersalin je nie..

Fabulous February

Pengantin Aqim & Emi
Feb 2011 menyaksikan anak buah saya, Aqim naik pelamin. Kami membesar sama-sama dibawah jagaan mak pak ai, so bila dia dah nak kawen rasa cam alahai, dah besar budak sorang nie. Inilah teman gaduh saya kecik2 dulu.. antara momen yang paling saya ingat kenduri Aqim ni ialah saya tukang buat hantaran untuk dia. Maklumlah, cucu nak kawen mak saya pun berhajat la nak buat 2-3 bekas hantaran. Dalam keadaan sarat mengandung masa tu, saya dengan gembiranya menunaikan permintaan mak. Bukan apa, gubahan hantaran is one of my passions. Tapi masa tu x teringat plak nak amik gambar.. Maklumlah xde blog lagi masa tu...hehehehe. Yang paling saya xleh lupa kami trapped dalam jam 8 jam dari Taiping ke KL. Time to raya china. Kesian mak buyung ni.. 

Memorable March
Si debab yang dah kurang debab sekarang sebabnya lasak sangat2 si kenit sorang nie!
21 March will always be remembered as one of the best days in my life. For the 2nd time, i became a mother. He's so cute, adorable & most importantly healthy. 'Yang terpuji lagi dermawan' Ingat lagi, mula-mula dok cari nama girl je, sebab teringin nak girl plak lepas dapat 'kejayaan' yang pertama dulu. Towards the end of the pregnancy, Doc cakap boy nie. Ala, jenuh la saya terkial-kial cari balik nama-nama boy yang saya suka. Yang pasti, nama mesti ala-ala Arab but bila disebut ada kemanjaan dan kelembutan gitu!

Awesome April
Sebab apa awesome? Sebab dok rumah goyang kaki tapi gaji masuk..hahaahah.. masa ni tengah confinement!

Mourning May

Di restoran ni la mereka 'diraikan'. Nanti ada masa saya buat post khas untuk restoran nie ye..
Selepas berpantang dengan aman damainya ramai bila masuk semula ke ofis saya dikejutkan dengan 'kehilangan beramai-ramai' rakan sekerja. Semuanya nak berhijrah hampir serentak. Macam berjanji2 pulak diorang nie.. Bukan seorang dua, tapi 4 orang sekaligus! Tapi yang bestnya warga cert nie, even dah berhenti kerja pun ukhuwah tu masih kebal & kekal. Sentiasa di hatilah orang kata. I like!

June
Sekali lagi saya lupa apa yang best berlaku dalam bulan 6 tahun 2011 ni. Nanti kalau ada yang best2 cek post later la ye...:)
 
'Jerihnya' July
Opal lentuk atas katil.. Masa nie sedih sangat tengok bayi sebesar nie pakai uniform spital nie.. so touching!
 Opal admitted sebab bronchitis. Masa nie dia baru 3 months plus so agak kaget sebab nafas dia asyik berbunyi je. Pegi Klinik Shanaliza, Doc terus refer ke hospital sebab banyak lendir dah blocked paru-paru dia. Risaunya saya Allah saja yang tahu masa tu. Tapi alhamdulillah, setelah beberapa hari di beri gas secara konsisten, Opal kembali sihat. Go Opal go!

Amazing August
Alhamdulillah, saya berjaya melalui puasa kali ini dengan lebih baik dari tahun sebelumnya - mengikut timbangan sendiri. Ini kerana tahun lepas saya berpuasa dalam keadaan amat lemah kerana morning sickness yang teruk tapi tahun ni alhamdulillah. Walaupun BF, tapi masih kuat dan bertenaga. Untuk ibu2 diluar sana, percayalah anda boleh BF dan berpuasa tanpa perlu risau akan kekurangan stok dsbnya. Banyakkan berdoa dan jangan lupa minum air banyak2 waktu sahur. Waktu berbuka, jangan minum ais k.

Sweet September
Perbincangan sedang dijalankan... Alhamdulillah, kata putus dicapai kenduri akan diadakan pada Feb 2012. Ai jadi wedding planner lagi u!
 Aidil Fitri 2011 sekali lagi kami bergabung tenaga untuk menjayakan majlis pertunangan Abg Cik. Ikutkan bakal kakak ipar ai orang dekat je, tapi memandangkan kampung halamannya di Melaka maka kami sekeluarga pun x dapatlah beraya sakan di kampung tahun nie.. Sian Awash & Opal, x sempat kutip duit raya bebanyak.. Pasal majlis nie juga giliran raya saya bertukar.. suami pasti tersenyum lebar, raya kat kampung dia lagi.. hehehe.. xde nya ai kisah, janji dapat raya.. All the best Abg Cik! Itu cerita gembira. Cerita sedihnya pula kami kehilangan tok tercinta juga pada bulan ini. Al Fatihah...

Oh October!
Inilah lebih kurang masa regi. Ini awal lagi, belum time orang serbu. Bayangkan 400-500 orang nak handle dalam satu-satu acara, pening mak nak!
KLIFF, antara tarikh penting dalam kalendar saya. Kalau nak kawin ke, nak bercuti ke hatta nak bersalin pun mesti tengok tarikh KLIFF dulu la kalau boley. KLIFF is actually the international forum organized by our company every year since 2003. Masa ni lah kami sibuk bangat untuk preparation becoz program nie seminggu - ada exhibition, dinner, forum, workshop, jalan2 dll. Bukan calang-calang attendees, from across the globe and we also need to handle the VVIPs from the PM to Ministers yang terlibat dalam acara nie. If you could check, KLIFF is one of the important agenda in Islamic finance calendar. This year KLIFF was held at Hotel Istana so seminggu la kami berkampung kat hotel nie. Masa ni lah rindu sangat2 nak tengok matahari, nak tengok hujan even traffic jam pun rasa nak tengok! Yelah, seminggu dalam hotel tu, keja dari pagi sampai ke pagi (7.00 am to 5.00 am dik!) Sanggup? Meh anta resume kat ai kalau berminat.

Notty November
Tahun ni Abang request nak kek Ben 10. Tahun lepas Upin & Ipin. Tahun sebelum tu SpongeBob.. apa2 je lah Abang, janji Abang bahagia!
 Comes to November, agenda penting dalam fikiran saya mestilah birthday Abang. Maybe sebab tunggu lama sangat nak dapat permata hati sorang nie, so we are so excited to remember his birthday. Sampai sekarang dok ingat lagi momen indah first time menatap wajah anak sendiri. Semoga Abang membesar dengan sihat, cergas, aman & diberkati Allah dunia & akhirat.

'Dugaan' December
Klinik nie memang pakar untuk kanak-kanak. Apa saja sakit, bawaklah anak2 datang sini, insha Allah berkesan. Doc dia very motherly and advice yang diberi memang worth the money. Lokasi kat Wangsa Maju, satu row dengan Hospital Naluri.
Tahun 2011 bagi saya ditutup dengan penuh dugaan. Yelah, dah setahun banyak sangat dosa agaknya, so di hujung2 tahun Allah datangkan ujian untuk kami sebagai kafarah dosa. Jika tidak diuji, kita akan larut dengan nikmat. Dek terbuai dengan kesenangan, mungkin menjadikan kita lupa dan lalai. Apapun, sebagai hambaNya saya redha. Tragedi pintu kaca benar-benar menguji saya sebagai seorang ibu dan memberi pengalaman baru. Terasa terbang seluruh semangat saya tatkala melihat luka di dahi abang. Di minggu akhir Dec pula, kami sekeluarga terkena food poisoning. Lemah, lembik dan longlai! Paling kesian Opal, sampai cikgu dia cakap tinggal mata je yang besar, yang lain semua shrink! Hahahaha... December juga menyaksikan teman sepermainan saya Ja menjadi ibu buat pertama kali (setelah 5 tahun menunggu dengan penuh sabar). Tahniah atas kelahiran Izol Ismail, semoga menjadi anak yang soleh.

2 comments: