Wednesday 25 January 2012

Abdullah Ibn Huzaifah


Hari ni saya nak berkongsi dengan sahabat2 semua sedikit ilmu yang saya perolehi ketika memandu pulang dari tempat kerja semalam. Kisah tentang seorang sahabat, Abdullah Ibn Huzaifah. Beliau adalah panglima perang semasa pemerintahan Saidina Umar (khalifah ke2). Beliau dan angkatan tentera Islam telah ditawan oleh tentera Rom. Raja Rom telah memaksa Abdullah dan tentera2 Islam agar murtad dan memeluk agama mereka, jadi mereka tidak akan dizalimi. W/bagaimanapun, Abdullah selaku ketua telah bertegas sekali-kali tidak melepaskan Islam. Lalu, raja Rom memerintahkan agar disediakan air panas di dalam periuk/kawah. Abdullah dan tentera Islam di bawa ke tempat tersebut. Sekali lagi, raja Rom memaksa Abdullah untuk murtad. Beliau menolak. Lalu tentera Rom mencampak seorang tentera Islam ke dalam air yang sedang menggelegak itu. Ditanya lagi, mahukan engkau melepaskan Islam? Dengan tegas, Abdullah berkata: " Sekali-kali tidak!". Lali dicampak seorang lagi tentera Islam ke dalam air panas tersebut. Kemudian, Abdullah dan tenteranya dihantar semula ke penjara. Tiba di penjara, sahabat yang mulia ini menangis. Lalu, pihak penjara memaklumkan kepada raja mereka bahawa Abdullah menangis. Sangka mereka Abdullah sudah lembut hati, menyesal dan mungkin takut dengan mereka. Sekali lagi Abdullah di bawa ke hadapan raja Rom dan ditanya "kenapa kamu menangis? Kamu takut akan mati?" Subhanallah, jawapan yang diberi oleh Abdullah "tidak, sekali-kali aku tidak takut mati. Tapi aku sedih kerana aku hanya ada SATU nyawa, aku hanya mati sekali. Seandainya nyawa aku sebanyak bilangan bulu roma di badanku ini semuanya aku sanggup korbankan demi Allah" Terkejut dan terpana raja Rom mendengar kata2 Abdullah. Sungguh dia kagum dengan iman panglima Islam yang gagah ini. 

Lalu, raja Rom melepaskan semua tentera Islam, tetapi dengan satu syarat. Beliau mahu Abdullah mencium kepalanya. Lalu Abdullah mencium kepala raja Rom tersebut sebagai syarat pembebasan beliau dan seluruh tentera Islam yang ditawan. Menurut Ust, permintaan tersebut adalah kerana rasa kagum dan hormat raja Rom terhadap Abdullah. 

Apabila kisah ini sampai kepada Saidini Umar, beliau mengarahkan semua kaum Muslimin mencium kepala Abdullah Ibn Huzaifah, sebagai tanda penghormatan kepada beliau. Saidina Umar adalah orang pertama yang berbuat demikian. 

Semoga kisah ini menjadi teladan kepada kita. Betapa kuat dan kental iman para Sahabat, tanpa jasa dan pengorbanan mereka, mana mungkin kita dapat mengecap nikmat iman dan Islam hari ini. Renung2kan, selamat beramal!

No comments:

Post a Comment