Sunday 20 November 2011

Mee Goreng Mak Mentua


Hahaha macam suspen je title tu kan. Pertama kali saya menjamah mee ini bila mak mertua saya masakkan. Keluarga suami tak suka makan pedas, jadi sebagai alternatif MMIL masak mee ini untuk santapan keluarganya. Resipi ini pun saya masak dan olah melalui pemerhatian saya, segan la plak nak minta resipi senang cenggini kat MIL. Tengok dia masak then saya modify here and there. Now, this resipi not only becomes MOH's fav but my lil prince also. Tebaek la Umi! Selamat mencuba!

Bahan-bahan
1 bungkus mee
3 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
1/2 biji bwg besar
Tomato - didadu (cam ne nak dadu tomato? tengok Masterchef ye!)
Kobis - potong ikut suka
Kicap
Sos tiram
I kiub ayam
Minyak untuk menumis (saya guna minyak zaiton)
Ayam - cincang
Udang - buang kulit
Garam & gula

Cara Memasak:-
1. Tumbuk kasar bawang merah, putih & besar
2. Rebus ayam diatas api sederhana - biar ayam lembut dan juga kita nakkan stok ayam nie. Air agak2 tenggelam ayam tu je
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk
3. Bila dah garing dan mengeluarkan bau, masukkan ayam beserta air rebusannya sekali.
4. Masukkan udang
5. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap dan gula & garam
6. Kacau sebentar.
7. Masukkan mee
8. Last sekali masukkan tomato & kobis. Saya suka sayur tu rasa crunchy that's why saya masukkan last skali, dah dekat2 nak tutup api.
9. Kacau & gaul sebati. Tutup api.
10. Boleh le di hiaskan apa yang patut.

* Untuk masakan ini, anda boleh guna kreativiti masing-masing ye kak bedah. Nak letak carrot, daging, sotong x kisah ler.. jangan letak selipar dah!






Awas ye, make sure anda menggunakan mee yang tidak berasid borik. Since kita x guna chili paste or sauce etc, mee ini akan kekal dengan warna kuningnya. Kakau mee itu berasid, selepas diangkat dari api, akan bertukar warna merah. It happened to me once. So, x berani nak makan loh! Mee yang saya guna ni saya beli di pasar tani, keluaran bumiputra. Halal dan bersih. Jadi puan-puan, rajin2 lah ke pasar tani, banyak produk keluaran Muslim yang susah nak dapat di pasaraya ada dijual di sini.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment