Wednesday 2 November 2011

Hujan oh Hujan

"Hujan yang turun bagaikan mutiara..." lebat benar hujan di luar mengundang rasa ingin beradu mengulit mimpi.. titik hujan yang turun mengingatkan saya pada kisah zaman kecil.

KISAH 1
Hari itu hujan amat lebat sekali, disertai guruh berdentam dentum di langit. Dengan segera arwah Pak memanggil kami sekeluarga berlari kebawah rumah. Saya tidak pasti apa tujuannya tapi setiap kali hujan disertai angin kuat Pak akan menyuruh kami turun berteduh di bawah rumah. Mungkin kerana rumah kami dikelilingi pokok-pokok besar seperti durian dan jering, beliau bimbang andai pokok-pokok tumbang atau patah lalu menimpa rumah kami. Bila ada tanda-tanda hari akan hujan, beliau akan sentiasa bersiap sedia. Kadang-kadang bila angin mula bertiup kencang, Pak akan ambil parang dan dipacak kan ke tangga kayu di pelantar. Beliau juga akan melaung azan sekuat-kuatnya bila ribut mula melanda. Cemas sungguh waktu itu.

Pernah satu ketika dalam hujan yang amat lebat, ternampak kelibat seseorang berlari ke rumah kami. Rupanya sepupu saya datang mendapatkan pertolongan kerana rumahnya dihempap pokok sentul. Bergegas satu kampung menuju ke rumahnya. Waktu itu saya lihat beranda rumah pak cik saya sudah ranap tapi alhamdulillah, tiada sesiapa yang tercedera. Syukur, sepupu saya yang masih dalam pantang juga terselamat.

Memandang ke jendela, rupanya hujan sudah berhenti...teringat pulak cekodok dan kopi O.. jom!

No comments:

Post a Comment