Sunday, 2 August 2026

Catatan 18 Safar 1448H

Menu sarapan pagi minggu... 

Bihun Singapore dan keropok goreng. Ummi goreng bihun, Abang goreng keropok. 
Kuah durian masih berbaki, pakat hirup sorang semangkuk. Minta Walid beli juga nasi lemak bungkus buat tambah². Bihun tu nampak sikit pulak bila dah digoreng. Hari ni ada jemputan kenduri, tak perlu masak lauk tengahari. Tuan rumah jemput dan pesan suruh datang satu keluarga. Jadi, anak⁴ pun ikut sekali. 


Petang hantar Kakak balik asrama. Malam dia call tertinggal barang. Adoi la Kakak... 

Catatan ringkas sahaja hari ni. 
Nanti Ummi buat entry khas untuk kenduri hari ni, In Sha Allah. 


Saturday, 1 August 2026

Sarapan @ Ramly Bistro, Batu Muda

Lama dah tak ke sini... Jadi bila semua anak⁴ ada, marilah kita menjamu selera di sini. 

Abang & Angah 

Adik & Kakak

Walid order roti canai kari ayam.
Starter je ni, buat raso² kata orang :D 
Sedap roti canainya. Kuah pun tak kedekut, ada ketulan² ayam yang significant dalam kari tu.  

Ummi pilih set nasi serai sambal sotong.
Sedap sambal sotongnya cuma nasi serai tu tak seharum sebelum² ni. Kurang ras dan aroma serai yang selalu memikat selera Ummi. 

Kakak pilih set nasi serai roasted chicken. Didatangkan bersama sos black pepper, sup kosong serta hirisan timun, tomato dan daun salad. 

Abang pula pilih nasi lemak roasted chicken. Set ni disertakan dengan sambal tumis. Ayam besar dan sedap 👍🏻 

Walid, Adik dan Angah pula order nasi lemak chicken drummet. Setiap set dapat 3 ketul drummet. Ikan bilis dan kacang di goreng rangup dan tak lemau. Sedap makan. 

Menu wajib order, Snack Box. Sekejapan je semua item dalam SB ni ghaib 😆
Keropok lekor tu paling sedap bagi Ummi. 


Alhamdulillah terima kasih Walid. 
Semoga luas rezeki selalu 🤲🏻 

Catatan 17 Safar 1448H

Dah masuk bila Ogos dah... 
Awal bulan ni Abang cuti. Hujung bulan nanti adik³ pulak cuti sekolah. 

Siblings reunited ❣️
Dapatlah Angah dan Kakak jumpa Abang 3H2M. Bawak keluar makan² dan jalan² mall. 
Kami ke Aeon AU2. 

Duta³ Tealive 😉
Dapat TL ni kira reward la untuk depa. Bukan setiap kali depa minta Ummi Walid bagi beli. Tengok keadaan dan occasion. 

Kakak tu pakai blaus Ummi tu... 2x dah dia outing pinjam baju Ummi. Suka pakai baju oversized, macam Ummi jugak :D 
Suruh dia beli blaus dekat dalam Aeon ni, test 2 baju. Dua² dia tak mau. Ummi la yang grabbed 2 helai blaus. Aeon ada sale sampai end of the month. Ada baju/seluar serendah RM10. Blaus² Ummi RM20 je sehelai. Boleh la buat tambah² baju. 

Air dia RM9.90, air Ummi RM2.90. 
Itu pun rasa mahai dah 😅

Balik rumah, Angah buat minuman apa ntah. Patutlah masa di Eco Shop tu dia beli Oreo. Sedap air dia buat ni. Resepi TT katanya. 

Ummi pula masak kuah durian. 
Sengaja Ummi simpan durian untuk buat kuah durian bila Abang balik cuti ni. 

Malam makan megi je... 
Angah dan Kakak masuk dapur. Okay, lulus ✅

Alhamdulillah.


Friday, 31 July 2026

Catatan 16 Safar 1448H

Alhamdulillah buah hati Ummi selamat sampai di rumah sebelum azan Subuh. Mid sem break seminggu. 

Ada peneman, Ummi pun rajinlah keluar rumah. Ajak Abang teman ke pasar. Bulan masih memunculkan diri di pagi Jumaat yang barokah. 

Singgah melawat kubur Tok. 
Cantik matahari pagi bersinar terang. 

Beli apam kampung, favorite Ummi. Kesukaan sebab kuih ni Tok selalu buat dulu. Yang tinggal kini hanya kenangan, pengubat rindu yang tak pernah terhenti. 

Sebenarnya hari ni hari yang penuh emosi. Sewaktu menjemput Kakak di asrama, masuk saja dalam kereta Kakak bagitau "ayah kawan Kakak meninggal". Ummi ingatkan kejadian yang mungkin sehari dua berlaku, tapi katanya baru sejam tadi. Allahu Akbar, terus rasa sebak di dada. Bertambah sedih bila dapat tahu abang kepada classmate Kakak ni alumni SRAI, tua setahun dari Kakak. Tidak dapat tidak pasti kenal w/pun dari jauh. Walid sempat singgah menziarahi jenazah arwah di masjid selepas balik kerja. Solat jenazahnya melimpah dengan jemaah. Begitulah Allah muliakan pemergian arwah, digerakkan hati ramai menziarahi arwah termasuk para guru, anak² dan kawan² ahlul Quran (huffaz). Arwah sendiri seorang al hafiz, merupakan Ustaz/guru Al Quran, lulusan UIAM dan Darul Quran. Kemalangan berlaku pun sewaktu arwah balik mengajar Al Quran. Pemergian yang mudah di hari Jumaat yang mulia. Takziah kepada Adam dan Alif sekeluarga. Semoga kuat dan sabar serta dipermudahkan segala urusan. Didoakan agar arwah ayahandanya ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻 


Thursday, 30 July 2026

Catatan 15 Safar 1448H

Hari ni hari rajin Ummi :p
Ummi vacuum rumah, mop lantai serta cuci sawang dekat bilik Abang. Kamitetep pun Ummi sedut masuk vacuum. Binatang ni bahaya tau, jangan dibiar. 

Kuat ye dia melekat di dinding, bukan senang² boleh sapu. Ummi pakai vacuum sebab taknak terkena tangan atau jatuh ke lantai/katil. 

Bekal Walid hari ni, nasi goreng. 

Selesai urusan rumah, bawa Adik ke klinik.

 OOTD hari ni 💙

Adik ajak ke klinik cantik ni. Ajak ke klinik satu lagi tak nak. Klinik ni lawa dan selesa. 

Adik kena ambil berat badan. 
Rekod klinik pada 1/3: 21 kg
Berat hari ni 30/7: 26 kg

Alhamdulillah naik 5kg. Adik jenis meninggi, bukan melebar. Macam Angah. 

Ummi pun timbang berat juga, suka² je. Alhamdulillah, turun beberapa kilo yeay! 

Tu dia... Orang demam dah mula berselera nak makan. Dia minta nasi kandaq gaissss 😆
Tak cukup dengan nasi, nak juga roti canai. Layan je la :D 

Abang ada program senamrobik hari ni. 
Malam tadi Ibu ajak anak² Asasinya gotong royong prep sandwich. Baguslah ibu ni, rajin sungguh menyantuni anak². Air tin tu ada parent cari sponsor. Walaupun quite last minute, dapat juga alhamdulillah. 

Hari ni juga turn Abang buat medical check up di PKU. Masa masuk hari tu tak perlu buat medical check up, cuma isi borang pengisytiharaan kesihatan (declaration form). Jimat banyak, esp bab cost. Di PKU ni ada caj tapi dah masuk yuran pendaftaran hari tu rasanya. RM80 kalau tak silap. 

Manis² di hujung hari dari Walid. 
Ada ke yang dah rasa squiggle Matcha Midori keluarkan terbaru Gardenia ni? 
Ummi pergi kedai Aceh last week, tauke kedai beria promote suruh Ummi beli. Sedap katanya, sambil dok mengunyah squiggle ni :D

Alhamdulillah for every blessing. 





Wednesday, 29 July 2026

Ummi | Sakit Mata

Ahad lepas Kakak tegur, "merahnya mata Ummi" 
Tak perasan pun, tapi bila tengok cermin memang merah mata kiri Ummi ni. Ummi sekadar titiskan Eye Mo je, tak ke klinik pun. Isnin tu mata mula rasa gatal. Gatal ya amat! Kalau boleh nak garu sepuasnya tapi sebab mata ni sensitive jadi gosok² manja je la. Tapi ada ketika tenyeh² juga mata ni, tak tahan gatal 😅

Ummi tak ke klinik pun. Dah makin baik agaknya sebab mata dah tak merah tapi gatal tu masih ada. Hari ni bawa Adik ke klinik, jadi Ummi pun jumpalah Doc sekali. Doc tengok biasa je mata Ummi, takde merah² dan tak bengkak. Kalau mata merah tu conjunctivitis kata Doc. Mata Ummi ni dah tak bengkak dan merah sebab on road to recovery la kot., Dah hari ke-4 sakit. Tapi Ummi bagitau mata masih gatal. Doc bagi ubat titis dan pil untuk kurangkan gatal. Doc tanya, selalu tengok screen ke? 
Adoi la, kantoi 🤭 

Ubat Ummi 2 je. Selebihnya ubat Adik. Tonsil Adik bengkak, probably bacteria jadi Doc tak bagi antibiotics. Dekat kelas Adik ramai demam dan selsema, memang mudah berjangkit la sesama diorang ni. 

Ummi pernah sakit mata yang teruk. Bukan gatal tapi sakit sampai berdenyut² mata tu. Bila sujud, rasa macam biji mata nak terkeluar. Dan sakitnya lama, prolonged. Sampai kena jumpa doctor pakar mata. Bila dah lega sakit mata tu, kesannya mata Ummi jadi silau sangat. Bila tengok lampu waktu malam esp lampu jalan, imej jadi kembang. Tak nampak lampu tu tapi nampak objek yang kabur dan silau (macam tengok bunga api). Lama ye ambil masa untuk mata Ummi pulih semula. 

Mudah-mudahan kembali sihat 🤲🏻







Catatan 14 Safar 1448H

Adik tak sekolah hari ni. Demam dan selsema masih belum baik. Sekarang dengarnya kes influenza pun tengah naik juga. Kawan Abang di Poli balik rumah last week, nak putuskan rantaian jangkitan influenza di kalangan para pelajar. Sama juga dengan kawan Angah di MRSM TGS, PDPR hampir seminggu juga sebab kes influenza. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan untuk semua yang terlibat 🤲🏻

Hari ni Ummi kongsi doa pulak ye; doa sebelum masuk kerja. Yang tak bekerja pun boleh amalkan. Doa kan ibadah, In Sha Allah dapat pahala dan manfaatnya. 

Terapi mata dan jiwa ❤️

My beautiful 🌹 
Terima kasih rajin sangat berbunga.

Sepit Udang dalam pasu ni baru berbunga kali pertama. Padat pokoknya membiak dalam pasu ni. Awal hari tu cuma 2-3 pokok saja. Yang pasu lagi satu kerap dah berbunga.  

Bekal Walid?  
Mestilah ada. Nasi putih, sup daging dan sayur buncis + telur. 

Layan bubur kacang free 😁
Kali ni Walid beli lauk ayam masak kurma dari Akk LRT tu. Bubur kacang tu diberi percuma untuk Walid. Tukang makannya Ummi la, sebab Walid bukan makan pun bubur² ni. 

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki hari ini.