Wednesday, 14 June 2017

Popia Nestum Horlicks



Ini projek kuih raya Umi yang ke-2. Nampak tak Umi ni pilih kuih yang senang2 je dibuat. Sebabnya nak buat dengan anak2. Biarlah yang simple je. Umi pun malas nak susahkan diri sendiri hikhik. Nak layan karenah depa lagi, nak fokus pada kuih lagi. Baik kita buat yang straight forward je. 

Time Umi kerja dulu selalu order dengan member je kuih ni. Tak tahu pulak senang je nak buat nya. Lagipun tak terfikir nak buat sendiri time tu. Tau order dan makan je.

Umi ambil resepi Popia Nestum Horlicks ni dari blog K.Amie. Terima kasih banyak ye K. Amie. Kita copy & paste here your recipe for future reference ya. 

Credit : K. Amie.

Popia tu Umi potong dua bahagian dan gulung begitu sahaja. Umi takde chopstick. Try guna straw tapi melekat pula bila nak cabut straw tu. 


Tukang gulungnya Abang. 
Boleh tahan juga hasil kerja Abang :)


Setiap gulungan tu Umi gunting kepada 3 bahagian. Sekali ngap je bila makan nanti :p


Tetiba teringin nak makan laksam pula bila tengok gambar ni. Macam laksam kan?  

Untuk bahan yang hendak digaul, Umi guna Nestum & Horlicks 3-in-1 je. Dah puas cari tak jumpa yang serbuk, Umi ambik je 3-in-1. Jadi tak perlu tambah gula dan susu tepung. 

Nestum tu blend dulu ye.

Alhamdulillah kejadiannya sangat memuaskan hati. W/pun kurang cantik di mata tapi sangat sedap di tekak. Hahaha. 

Untuk resepi penuh, sila klik SINI. 
Again, tqvm K.Amie. May Allah bless you and your family always. 

Tuesday, 13 June 2017

Biskut Cornflakes Madu



Biskut raya pertama Umi anak beranak tahun ni tak lain tak bukan cornflakes madu. Kuih raya yang paling senang bagi Umi. 

Senang-senang pun buka jugak resepi. Maklumlah setahun sekali buat nak kena tengok jugak resepi. Tahun ni Umi cuba resepi Lyz. I copy & paste your recipe here ya! May Allah bless you and your family always Lyz. 

Credit : Lizzieasamummy.

Anak2 berebut nak menolong sampai bergaduh-gaduh. Grr... Semua excited lah katakan. But at the end we enjoyed doing this cookie together. 

Ketak-ketak lengan Adik, sadonya hehe :D

One done. More to go insha Allah. 

Sunday, 11 June 2017

Hotel Premium, Meru Raya



Tak lama lagi nak raya kan.
Meh nak buka cerita sikit pasal raya tahun lepas. Bukan pasal kereta rosak di pagi raya, tapi nak share info sikit pasal hotel yang kami singgah bermalam on the way balik ke kl. Sekarang ni kalau balik kampung di musim perayaan, haruslah kami singgah Ipoh dulu. Sesak sungguh highway sekarang. Masa perjalanan boleh jadi double dari waktu biasa. Dengan karenah anak2 lagi, faktor usia lagi memang Umi Walid surrender :(



Kami menginap di Hotel Premium, terletak berhadapan dengan pintu masuk utama Mydin Meru. Itu landmark yang diberi oleh pihak hotel. Booking awal, bukan walked in. Itupun tinggal family room, harga rm168 kalau tak silap. Masa tu tak tau kewujudan Hotel Valya yang lebih baru dan selesa. Hotel Premium ni kira hotel budget lah.




Hotelnya agak lama dan kurang memuaskanlah bagi Umi secara peribadi. Yang paling fail sinki di luar bilik air. Bagi Umi kurang sesuailah especially bagi kita yang ada anak2 kecil ni kan. Bila basuh tangan ke gosok gigi ke air terpercik sana sini. Mungkin design lama kot. Bilik pun agak stuffy. Frame gambar pun senget je Umi nampak :(  lagi satu tangganya tinggi ye. Gigihlah kami anak beranak barang2 naik tangga yang curam tu.

Walau bagaimanapun bersyukurlah sebab dapat tidur dengan selesa malam tu setelah mengharungi perjalanan yang panjang. Bila tengok di tingkap, nampak banyak kereta merangkak-rangkak di highway, syukur sangat kami booked hotel ni untuk berehat. Ada jugak yang walked in, tak pastilah dapat bilik ke tidak.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Friday, 9 June 2017

Kedai Tudung Nur



By now, rasanya ramai yang dah mula buat persiapan raya kan. Kalau ada yang nak cari tudung labuh atau tudung bidang 60' di kedai tudung Nur ni la tempatnya. Macam2 jenis ada; bulat, square, curve, pucci dll. Material pun macam2. Umi suka sebab banyak pilihan. Selalu kalau bazar tu susah nak jumpa booth yang jual tudung besar2 kan. Sales assistants kat sini pun very helpful. In term of harga, standardlah. Mampu milik insha Allah. 




Selain tudung, ada juga jubah/dress, shirt, stokin dll kelengkapan muslimah. Baju @ jubah tu termasuk untuk lelaki dan kanak-kanak. 



Geram je tengok dress kanak-kanak ni. 

Ini Umi pergi before puasa hari tu, ada sale. Nak raya ni pun ada sale jugak agaknya. Boleh call depa dulu untuk kepastian.

Kalau suka pakai tudung berjahit, tak pakai brooch/pin jadi boleh juga minta depa tolong jahitkan bahagian tengah tu. Free je. 


Sebelum ni boleh beli online but at the moment website depa tengah upgrade kot, asyik tak boleh access je. Setiap kali Umi buka website nya, asyik keluar notis ni je.


Itu je nak share. Ini bukan iklan berbayar ye, sekadar nak berkongsi info. Sharing is caring kan :) 

Thursday, 8 June 2017

Careless me :(


Hampir berlaku musibah semalam dek kelalaian Umi :(

Pertama, semasa menunggu azan isyak semalam Umi jerang nasi atas dapur gas. Malas nak guna rice cooker sebab nak masak secawan je. Sebelum solat tu Umi kecilkan api sambil pesan pada Tok, tolong tengok kan juga takut Umi terlupa. Lepas terawih 4 rakaat, tanya Tok katanya dah masak nasi tu. Oklah. Umi pun tak check lah dah tutup api ke belum. Siap solat terawih around 10 tu Umi masuk ke dapur nak minum. Allahu api dapur belum tutup rupanya! Alhamdulillah tak hangus nasi tu sebab Umi lapik periuk dan slow api. Cuma berkeraklah nasi tu. Kalaulah tak masuk semula ke dapur lepas terawih tu...nauzubillah. 

Kedua, time Umi nak bangun sahur Adik pula baru terjaga and nak bf. Tapi terpaksa bangun juga sebab dah 4.30 time tu. Tak puashatilah Adik, menangis je bila Umi bawak turun bawah. Letak sekejap Adik di kerusi, Umi terus ke dapur. Masak air, on plug nasi (reheat) dan tenggek kuali atas dapur, nak panaskan lauk. Sempat lagi ambik pinggan cawan bawa ke meja makan. Nampak Adik dah diam, di pangku Tok. Umi terus ke bilik air untuk khidmat diri. Tengah ambik wuduk baru teringat kuali atas dapur. 

Keluar je dari bilik air dah nampak api marak 'makan' kuali. Asap pun dah berkepul-kepul. Cepat-cepat Umi tutup suis dapur gas then ambik air siram api tu. Dua kali siram jugaklah baru padam. Alhamdulillah syukur sangat takde apa2 tapi Umi traumalah jugak. Nak on suis dapur lagi satu pun dah ketar-ketar. 

Ketiga, Umi plan nak iron baju sekolah anak2. Sementara tunggu iron panas betul2 untuk iron seluar sekolah Abang, Umi iron lah dulu baju raya Angah. Entah macam mana iron 'menyambar' seluar baju melayu dia. Hampir berlubang seluar dia. Terkejut sungguh Umi. Dah bertenang sikit minta dia try pakai, nak tengok nampak ke tidak part yg hampir terbakar tu. Taklah obvious sangat, boleh cover lagi dengan sampin. Alhamdulillah.

Taktau lah kenapa careless sangat. Mudah-mudahan Allah lindungi kami sekeluarga dari sebarang musibah. Aamiin. 

Credit. 



Wednesday, 7 June 2017

Nasi Lemak Telur Itik


Bila dah lebih seminggu berpuasa mulalah teringin nak makan itu ini. Bukan teringin benda mewah hebat pun, Umi teringin nak makan telur itik rebus ja! 

Lagi satu yang Umi teringin makan semestinya nasi lemak. Hari biasa kan dalam seminggu sekali sarapan mesti nasi lemak. Ini dah lebih seminggu gian la pulak :) 


So menu iftar semalam nasi lemak, telur itik rebus dan ayam pandan. Mudah kerja Umi. Angah excited betul bila Umi cakap nak buat nasi lemak. Tok yang selalu pantang nasi lemak nak jugak :) 

Air pula teh O dengan laici. Sejak Yusuf Taiyoob keluarkan sirap laici keraplah Umi beli.  Anak2 pun bukan main suka laici ni. 



Kuih buah Melaka tu Umi tersilap bancuh tepung. Patutnya 2 cawan tepung pulut + 2 sudu tepung gandum. Umi pi letak 2 cawan tepung gandum + 2 sudu tepung pulut. Bila rebus tak timbul-timbul. Hahaha... Agak keraslah kuihnya tapi makan jugak. Takkan nak buang kan. 

Bubur pulut hitam pula buat kelmarin tapi kurang kick. Umi tambah santan dan gula. Barulah umph. 

Ini pula hidangan berbuka orang tu. Dengarnya si dia berbuka dengan Mr Pilot. Ejaz kah? Biarlah rahsia :D


Banyak pula gambar food. Maaf ye...

Tuesday, 6 June 2017

Persiapan Raya ~ Baju Raya


Umi ni kalau sebut pasal persiapan raya, yang paling utama dan pertama Umi setelkan semestinyalah baju raya. Hari ni setel semua. Lega. Alhamdulillah. Umi jenis tak suka last minute. Semua mesti well plan. 10 tahun jadi event managerkan. Bila jadi 'home minister' pun dah terbiasa buat kerja mesti ikut plan :)

Langsir baru ke sofa baru ke Umi tak kisah sangat sebab sambut raya di kampungkan. Time nak sambut puasa hari tu Umi dah siap basuh dah langsir. Karpet pun adalah beli baru ganti tikar buluh yang dah seusia dengan kemasukan Umi ke rumah ni. Nanti lepas raya bila ada tetamu nak bertandang kita touch up je la mana yang patut. 

Cerita pasal baju raya ni memang awal kami buat persiapan. Cuti raya cina hari tu lagi dah ke jakel cari kain baju melayu Walid. Alang2 dah sampai situ beli sekalilah baju melayu siap untuk Abang. Koleksi Aaron Aziz, rm75 sepasang siap dengan sampin. Last year beli kain dan tempah lagi mahal dari beli siap. Tapi kena alter jugaklah sebab size dewasakan. Upah alter dalam rm15. Still lower as compared to last year, upah jahit rm100. Pastu bila siap kena alter lagi sebab tailor buat singkat. Tambah lagi duit rm25. Kalau kat tempat Umi free je sebab silap diakan. Malas nak gaduh bayar je la. Sudahnya upah jahit baju dia last year lagi mahal dari upah jahit baju Walid :(
Takpe lesson learnt. 

Baju kakak baju Adik semua setel. Cuma nak decide je mana satu jadi baju raya pertama sebab baju kurung Adik warnanya sangat kontra dengan kami semua. Beli baju tu dah lama. Umi berkenan terus beli masa post raya sale dekat aeon last year. 

Baju Angah lah yang paling susah nak cari. Asyik takde size je. Semalam Umi beli kat giant. Ikut size Walid bagi. Sekali besaq pulak dah. Hari ni pi tukaq. Bawak dia sekali. Oklah cuma color takde lah sedondon dengan kami. Biarlah janji ada baju raya dak? Umi malas nak fikir dah. Dekat jakel mesti ada tapi malas nak ke sana dah. Hari tu tak beli siap2 pulak sebab fikir senang nak cari utk dia. Padahal untuk dialah paling susah. Lesson no 2 noted. 

 Selain tu  untuk anak2 ni Umi beli 3-4 helai baju baru selain baju melayu & kurung. Buat pakai jalan2 raya nanti. 

Untuk Umi pula tahun ni Umi beli serba berdiri, dari kepala sampai kaki. Kasut yang dah ada tu uzur benar dah. Itu yang ganti baru. Umi pilih modern look tahun ni. Nak tempah baju kurung malas beli kain. Nak beli siap takde yang berkenan. Kat online tu banyak tapi Umi tak berani amik risiko. Takut ada yang tak kena itu ini.  Jubah pulak Umi dah bosan. Sudahnya Umi beli baju ala kurung modern pair with skirt. Bolehlah kan. 

Antara yang Umi berkenan tapi tak beli pun :( 

Umi baru siap buat rekod perbelanjaan baju raya ni. Allah terkejut sungguh. W/pun bukan spent serentak tapi besar juga jumlahnya. Nak sedapkan hati umi kira purata setiap sorang, taklah banyak sangat untuk 6 orang. Biasa-biasa  je. Padahal nak cover line sebab yang paling banyak spent umi ni la.

Kena pandai pusing sikit sebab budget kuih raya belum approve lagi :p