Friday, 4 October 2024

Roti Jala Berinti

Lebat betul hujan petang kelmarin (Khamis) kan... Ummi pun keluar awal dari rumah untuk pick up anak² dari SRAI. Risau kalau hujan lebat nanti traffic sesak, banjir kilat ke... Alhamdulillah sampai sekolah tak hujan. Dah sampai rumah hujan semula, lebat sangat. Ada few tempat dekat Selayang banjir katanya; area Kg Laksamana dan Sg Kertas. Tengok kawan² share video pun tinggi airnya. Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲 

Walid pun balik dari ofis lepas Maghrib. Stucked pula di MRR2 sebab ada lori kehabisan minyak... Lepas Isyak baru sampai rumah.  Dugaan 😌

Mujurlah balik bawak buah tangan :D 
Ummi ingat Roti Jala Berlauk (macam Kuih Cara Berlauk) tu rupanya inti manis... Inti kelapa macam kuih ketayap tu. Sedap... Ummi ni apa yang tak sedap ye? Haha... 

Set Nasi + Ikan Asam Pedas ni Walid beli juga, nak tolong peniaga tu habiskan jualannya.  Bolehlah buat tambah lauk. 

Ni airtangan Ummi. Ayam Goreng Cili Kering tu resepinya belajar dekat TT 🤭
- gaul ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk kari daging
- panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan
- Tinggalkan minyak secukupnya untuk tumis hirisan halia, bawang putih dan bawang besar. Bawang besar ni letak banyak², lagi sedap. Tumis hingga layu, masukkan daun kari dan cili kering yang telah digunting serong. 
- Masukkan ayam tadi dan gaul sebati semua bahan. 
- Masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram, sos cili 1 sudu dan kicap manis. Gaul sebati semuanya. Tutup api. Siap! 

Sedap dan mudah masak gini. Bila nak makan ringkas², cepat² sesuai sangatlah lauk ni. 

Sarapan with Simple Wrap


Hari ni Ummi buat simple wrap untuk breakfast. Kakak makan siap² di rumah, Walid bawa ke ofis. Adik makan nugget je 2 ketul. 

Steps in preparing a wrap; 

1. Panaskan wrap (tanpa minyak) sekejap hingga keperangan, jangan garing nanti susah nak lipat.
2. Toreh 1 bahagian wrap tu hingga ke tengah macam gambar 👆 
3. Letak bahan pertama. Seeloknya letak salad/sayur utk bahagian pertama ni, sebab bila dilipat nanti salad/sayur akan berada di bahagian tengah wrap. Lipat bahagian pertama.

4. Letak bahan kedua. Ambil bahagian sayur dan lipat ke arah bahagian telur. 

5. Letak bahan ketiga. Bahagian sayur dan telur tadi tindihkan ke atas bahagian nugget ni. 

Siap! Boleh kemaskan dengan lidi pencucuk. 
Letaklah sos @ mayo, atas setiap bahan tu supaya adalah rasanya. Atas telur Ummi letak juga serbuk black pepper. Ikut citarasa masing². Bahan² wrap pun terpulang, seeloknya ada sayur, protein...  

Sedap dan mengenyangkan tau makan wrap ni. Ummi guna Roll-up Wraps Gardenia. 

Selamat mencuba 🤗



Thursday, 3 October 2024

Cenderahati dari Pengantin

Walid dapat undangan majlis perkahwinan dari seorang staff di ofis besar. Majlisnya awal bulan 8 hari tu . Tapi kami tak dapat hadir, clashed dengan program sekolah anak rasanya. Majlisnya di Seremban, kalau di Lembah Klang ni mungkin bolehlah 'lari sekejap', pergi majlis tu. 

Semalam, setelah sebulan lebih tak masuk ofis besar (outstation), pengantin baru bagi goodies kahwinnya... 

Cantik kotaknya pun... 

Tadaaa... Dapat sejadah muka... Kotaknya sebesar kotak bahulu orang selalu bagi tu je tapi muat ye diisi sejadah comel ni. Sejadah tu dilipat kemas dan muat dalam kotak ni 👍

Terima kasih pengantin baru :D 
Semoga bahagia selalu hendaknya di samping pasangan tersayang 🤲


Wednesday, 2 October 2024

Felda Residence Hotsprings Day 2


Morning 🌞 

Tenang sungguhlah bila bangun pagi takde hiruk pikuk bunyi kenderaan. Hari kedua di sini seawal 7 pagi kami dah keluar bilik. Bila lagi nak hirup udara segar begini kan... 



Dan hajatnya juga nak breakfast awal di kafe. Harga per pax (adult) RM25. Kanak² tak pasti, rasanya RM15. Tunggu punya tunggu rupanya pukul 8 baru kafe buka. Perut dah berkeroncong, ajak Walid keluar cari makan area masjid yang kami lalu semalam. 

Lobi hotel, open concept...

Balik dari sarapan, kami ke main entrance kolam air panas ni...

Di sini ada kaunter tiket, parking lot dan kafe. Yang masuk melalui entrance ni orang awam, bukan tetamu hotel. 

Depa nak sambung mandi...

Kemudian kami ke Animal Village, dalam kawasan hotel ni juga. 

Sayangnya tempat ni kurang terjaga, walaupun nak masuk tu dikenakan bayaran. Untuk dewasa RM8, kanak² RM6. Tak berbaloi bagi Ummi sebab tempatnya kecik, persekitaran tak terjaga dan yang Ummi sedih haiwan² dikurung dalam kandang yang agak sempit dan tidak selesa. Tak pasti sama ada AV ni di bawah Felda atau dimiliki/diuruskan pihak luar. Harap pihak pengurusannya dapat meningkatkan tahap kebersihan dan lebih utama menjaga kebajikan haiwan² di sini sebaiknya. 

Sekejap je dekat sini, sekali pusing je dah jumpa balik pintu masuk. Ummi pun tak selesa nak berlama², ajak Angah dan adik² dia keluar. Abang dengan Walid tak masuk. Bau tinja kambing dari luar pagar dah buat Abang pening 😅 

Dari sini kami naik titi kayu untuk balik ke kawasan air panas. 

Terasa bahang ye berdiri di sini. 

Aliran air panas. Memang nampak berasap²... 

Adik nak ke kolam semula, ditemani Walid manakala Ummi dengan anak³ lain balik bilik; quick shower dan berkemas untuk check out. 

Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Tak dapat ke Mersing, tapi dapat ke Sg Klah dan explore macam² tempat menarik di sekitar Batu Gajah dan Sungkai ni. Ada rezeki kita jalan² makan angin lagi Insha Allah. 





Ganti Wall Fan Dapur

Lupa dah sejak bila kipas di dapur Ummi tu rosak haha... Tup² semalam Walid beli baru, dan pasangkan. Tq B 🌹

Berkilat hehe...

Nampak kipas baru dekat dapur, Adik request lepas ni beli wall fan untuk bilik depa pulak ☺️

First time beli kipas jenama Mitsubishi ni. 
Semoga mampu berkhidmat dengan baik. 

Utk future reference; 
Wall Fan utk Dapur 
Beli & pasang: 1 Okt 2024
Harga: RM220





Tuesday, 1 October 2024

2H1M @ Felda Residence Hotsprings Sg Klah, Sungkai

Ke sana, ke sini dan ke sinun akhirnya kami sampai ke destinasi sebenar untuk hari kedua di Perak Darul Ridzuan. 

Walaupun ini perancangan last minute, alhamdulillah berjaya juga kami menempah bilik terakhir di sini. Bilik double tapi sangat spacious... Harga bilik ni RM190/mlm. 

Jarak antara katil dengan TV ni boleh muat lagi sebuah katil! Advantage bila menginap di hotel² lama ni tentulah saiznya, sangat luas. 

Disediakan kettle, mini fridge dan juga iron & iron board selain minuman 3-in-1 dan 2 botol air minuman. Abang rajinlah bancuh instant coffee kalau pergi hotel. Sejadah pun disediakan. 

Bilik air pun luas. 
Ada bath tub, kesukaan gegirls nak berendam. 
Overall dari segi kebersihan dan kekemasan okay cuma since hotel ni agak lama, adalah nampak a bit kusam here and there. Tapi, tetap selesa bagi kami sekeluarga. Setiap bilik ada tingkap besar dan dilengkapi dengan sepasang arm chair. 

Felda Hotsprings ni letaknya kira² 10km dari jalan besar Gopeng-Sungkai. Dari Pusat Konservasi Hidupan Liar tu keluar ke jalan besar, nampak simpang ni masuk ke dalam, menuju Felda Sg Klah ni. 

Cantik pemandangan di sini ... 

Sampai dah yeay... 

Petang tu kitorang bersiar² sekitar hotel saja. Basically, dalam ni rasa macam stay dalam ladang kelapa sawitlah sebab keliling hotel penuh dengan pokok kelapa sawit. Pengalaman baru even untuk anak kampung macam Ummi. 


Bilik hotel. Full house ye, cuti Hari Malaysia & Cuti Maulud Nabi bertindih. Banyak syarikat swasta bagi cuti Selasa tu...

Kawasan luas, anak² seronok dapat bebas berlari. Ada playground sebelah kafe. 

Anak² tak sabar nak ke kolam mandi. Sebelum tu kami order siap² food untuk dinner. Harga makanan standard hotellah tapi berbaloi, sebab kawasan ni agak jauh dari pekan. 


Kawasan ni luas ye...
Seeloknya pakai sepatu yang bersesuaian sebab nak kena menapak jauh juga dari bilik hotel ke kolam air panas ni. Bawa kasut sukan pun okay, boleh jogging/brisk walk di kawasan ni. 

Kolam kanak² ni kecik je. Adik dan Angah je mandi.

Ini pula kolam air panas...
Mula tu cuak juga nak masuk bila baca signboard ni 😅 

Bersih dan terjaga...

Kolam ni besar.
Selain guests Felda Residence ni, ada juga pengunjung lain. Ada entrance lain untuk pengunjung luar. Tak silap kolam ni dibuka hingga jam 10.00 mlm. Sebab tu kalau orang luar datang, nampak berbondong² barang yang dibawa; makanan, kerusi lipat, tikar dsbnya. Mungkin ada yang nak stay sampai malam. Ada kafe lain juga selain kafe hotel. 

Sebelum dan selepas keluar masuk kolam ni mandilah dulu dgn air dalam tempayan ni. Sejuk ya amat! 

Untuk hotel guests, bebas keluar masuk ke sini. Cuma ada pagar kecik yang mungkin ditutup sebelah malam. 

Bila malam depa buka lampu, cantik dan tenang je suasananya. 

Antara makanan yang kami order malam tu... Sedap 👍 


Lepas dinner, pakat craving aiskrim pulak 😅 
Duduk tempat² camni, jauh dari kedai mulalah teringin nak makan itu ini hihi... Aiskrim ni dijual di lobi. Selain tu ada vending machine, jual ada air kotak je. Kalau ada mi segera pun bagus juga ahak! 

Perut kenyang, aircond pun sejuk elok, tarik selimut, good night lah :p 

TBC 🤗