#NurulfoundherMan
Trend sekarang orang buat hashtag gabung nama pengantin kan... Dah beberapa wedding Ummi pergi yang buat begini, semuanya kreatif belaka.
Undangan kali ni hadir dari mantan GB SRAI, Ustazah Rabiah. Keempat² anak Ummi kenal dan sempat belajar di bawah pentadbiran UR, walaupun Abang hanya sempat jumpa UR waktu ambil sijil berhenti sekolah saja. Sebab zaman Abang zaman PKP, banyak PDPR. Tahun lepas UR pindah, jadi Adik pun sempat dengan UR sebagai GB. Baik, lembut dan mudah didekati orangnya. Senang dan selesa berurusan dengan beliau. UR pesan suruh bawa semua (anak⁴) datang ke kenduri ni. Alhamdulillah kebetulan semua ada, dapatlah hadir. Bukan setakat dapat jumpa UR, bertemu juga dengan guru² SRAI yang sudah berpindah sekolah dan yang masih mengajar di SRAI semasa majlis berlangsung. Anak⁴ pun seronok dapat jumpa guru² mereka.
Laluan nak ke dewan pun vibe hotel. Memang istimewalah tempat ni. Mana² township/kediaman pun kalau bawah Eco World (Eco Majestic, Eco Grandeur etc) memang sedia maklumlah lawa² dan grand belaka.
Kami lupa nak bergambar di sini, excited bergambar di photo booth yang boleh direct print gambar tu... Alhamdulillah kali ni cukup 6 beranak dalam satu frame :)
First round, kongsi makan bihun goreng, bihun sup dan kuih muih dengan Walid. Tetamu belum ramai jadi dapatlah makan dengan tenang. Dewan pun luas dan selesa, tak perlu rushing untuk bagi tempat duduk kepada tetamu lain. Masih banyak meja kerusi kosong. Datang awal sebab nanti nak hantar Angah Kakak balik ke asrama.
Sedap semuanya 😋
Kakak ambil kuih seri muka dan kek batik. Ummi ingatkan brownies, rupanya kek batik coklat dilapisi pula dengan deco macam brownies. Sedaplah agaknya, 2 ketul dia makan sorang je. Suruh share seketul dengan Adik, terus tarik muka :p Ummi makan kuih seri muka, sedap. Cukup lemak manisnya, sampai berseri² muka kita ahak!
Abang dan Angah ambil apam balik dan roti bakar. Ummi jadi mem besar hari ni, tukang makan je apa yang depa ambik :)
Cenderahati dari pihak tuan rumah; beras Faiza Ummi Basmati 250g. Dapat 4 pek, cukup sekilo kata Abang :D
Ummi tertarik dengan paper bag ni, nampak outstanding dan sweet sangat.
Alhamdulillah terima kasih banyak Ustazah atas jemputan 🌹
Didoakan agar kedua mempelai berbahagia selalu hendaknya 🤲🏻
Selamat Pengantin Baru Nurul & Aiman!
