Wednesday, 4 November 2026

Winter Time


Ibu (Pengarah Asasi) pesan pada anak-anak Asasinya supaya bersedia menghadapi 'winter' aka musim tengkujuh. 

Antara pesanan Ibu, bawa payung dan baju hujan. Walid beli payung ni dekat Decathlon, RM49 sekaki. 

"Pakai sampai habis degree nanti"  
🤭

Wind breaker Abang beli online je. Tapi pendek sikit, bukan jenis labuh. Dia dah test pakai pergi kedai time hujan, tak basah katanya. 
Okay, good 👍🏻 

Cuma kasut je masalah sikit. Ikutkan nak beli kasut jenis getah tapi saiz kaki Abang ni susah cari kasut. Jadi dia beli plastic shoe cover. Teringat pulak zaman Ummi sekolah dulu. Kalau hari hujan kami ambil plastik balut kasut sekolah. Tak basahlah kasut sekolah. Zaman sekarang ada item khusus yang dipanggil show cover yang fungsinya sama iaitu melindungi kasut dari basah dek hujan. 

Setakat hampir seminggu balik ke kampus, takde hujan lebat lagi Abang kata. Hujan sikit-sikit, sekejap-sekejap  tu adalah. 
Takpe kita sediakan payung sebelum hujan :D 

2 comments:

  1. Apa kata PH belikan waterproof spray utk kasut. Dekat Decathlon ada jual rasanya. Ada satu lagi, crep protect spray boleh beli dekat JD Sports Malaysia, saya google yg ni boleh tahan 4 minggu.

    ReplyDelete