Tuesday, 25 August 2026

Wedding @ Alam Maya Kajang 2.0


Kali kedua kami ke Alam Maya, Kajang
Datang awal, tiba sekitar jam 11.30 pagi. Dah ramai tetamu yang hadir terutamanya dari keluarga pengantin. Difahamkan majlis nikah diadakan di sini juga, sebelah pagi. 

 
Jemputan kali ni datangnya dari kenalan lama Walid sewaktu bertugas di Syarikat B. Walid di HQ, En Khai di subsidiary company. Kerap berjumpa bila ada keperluan dan assignment. 15 tahun sudah Walid tinggalkan Syarikat B, sekali sekala berhubung di WA. Bila dapat jemputan istimewa ni, rasa besar hati dan dalam masa yang sama terharu masih diingati. 

Pelamin nikah (outdoor).
Pelamin bersanding pula di dalam. Segan nak mendekat, keluarga pengantin berkumpul di situ. Menunggu acara seterusnya untuk kaum keluarga barangkali. 

Meja pengantin dan VIPs.

Ada Mee Kolok! 
Selalu baca kawan² blogger khususnya Carneyz dan Kakmim kongsi pasal Mee Kolok, hati terus teruja nak mencuba bila di depan mata. Pertama kali rasanya Ummi makan Mee Kolok ni. Dan pertama kali juga jumpa hidangan Mee Kolok di majlis kenduri begini. Selain Mee Kolok kebanggaan rakyat Sarawak ni, ada juga Laksa Sarawak. Tak silap, isteri EK orang Sarawak. 

Ummi dah ambil nasi sebenarnya. Masa menuju ke meja kami, baru perasan booth Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Nak ambil laksa Sarawak tapi siapa pulak nak habiskan? 

Walid ambil bihun sup tulang dan chicken tenders. Menu semua sedap dan melambai² :) Terima kasihlah tuan rumah, sediakan pelbagai jenis makanan yang super sedap dan istimewa. 

Cendol sedap, berasa santannya. 
Teh tarik Ummi tak try kali ni, minum air kosong dan round kedua air sirap (punch). Lega rasa dapat minum air sejuk tatkala cuaca panas dan kering pada hari itu. 

Ok last dah :)
Dessert sedap ni namanya banana pudding. Ingatkan aiskrim tapi bila makan tu rasa creamy dan tak cair pun.  Ummi siap tanya vendor namanya sebab sedap sangat 😁

Bagus adik ni, siap terangkan satu persatu cara hasilkan banana pudding ni. Acik Gen X ni angguk je la hihi ... 

Eh, puding tu bukan yang terakhir. Ambik aiskrim sorang satu sebelum balik :D 

Alhamdulillah sedap semua makanan yang tuan rumah sediakan. Terima kasih atas jemputan, kami sangat hargainya. Tahniah buat kedua mempelai dan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia selalu hendaknya 🀲🏻 

Goodie bag yang mewah dengan pelbagai cenderahati, alhamdulillah. 

Sekali lagi, terima kasih EK sekeluarga.



5 comments:

  1. Wah, ada mee kolok. πŸ˜‹ Banana pudding tu nampak tempting sangat. Cantik venue-nya, deko majlis sedap mata memandang. Semoga bahagia ke jannah, untuk kedua pengantin.

    ReplyDelete
  2. Uishh menu bukan calang² ye hahaha mee kolok.. laksa sarawak.. perghh ini kalau kita yg pergi confirm sume nak dirasa nya hehe... 😜😜

    ReplyDelete
  3. wahh bestnyer tengok org kawen., hehe

    ReplyDelete
  4. Wah, rezeki betul dapat makan Mee Kolok & Laksa Sarawak kat kenduri! Pelamin outdoor pun mesti cantik.

    ReplyDelete
  5. Majlis kat sini pernah pergi juga. Cantik suasananya. Nama Khairiyah tu nama mama saya....

    ReplyDelete