Selesai urusan di market, ajak Walid makan roti canai di Warung Man Black di Bolton. Owner warung, En Man memang patriotik orangnya ππ» Saban tahun warungnya meriah dengan pelbagai jenis deko merdeka; bendera, poster di dalam dan luar warung.
Dalam banyak² hiasan tu, poster² Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hingga sekarang paling menarik perhatian Ummi. Lawa sangat. Ada beberapa orang kanak² pun dok perhati je posters ni.
Good job En Man, semoga usaha begini dapat diteruskan di tahun² akan datang. Mungkin boleh jadi ikutan peniaga² lain juga.
Roti canai banjir kegemaran sayaπππ
ReplyDeleteDekat hosp pun dah pasang bendera.. tahun ni Linda pasang dalam pejabat je.. malas nak memanjat² dekat luar
ReplyDeletebagusnya owner kedai yg patriotik gini. haritu lalu depan pangsapuri, setiap tingkat tu diorg gantung dgn bendera. semangat sungguh!
ReplyDeleteKalau roti canai akak pun suka banjir.
ReplyDeletePagi tadi brisk walk di Taman Tasik Perdana dengan suami. Ada aktiviti zumba, instructor tu pasang lagu Sudirman Tanggal 31 Ogos, ramai2 yg ikut zumba ikut nyanyi sama2 tak kira la Melayu, Cina atau India. Last sekali ramai2 jerit 'Merdeka!'. Meriah sangat hehe
ReplyDeletesedap plak tgk roti canai tuuuu
ReplyDeleteLihat roti canai banjir, jadi teringin ππ. Biasanya kalau makan roti canai saya kuah pisah. Tp lihat dicampur, macam sedap eh π€£π
ReplyDeleteyap poster barisan PM tu menarik kalau laa dpt diseragamkan semua pakai songkok kan ngam hehehe
ReplyDeleteKreatif peniaga, sambut bulan kemerdekaan. Sini macam tak ada pula saya jumpa gerai penuh bendera dan poster begini. Sedap tengok nasi goreng ada telur. π
ReplyDeleteWahhh tahniah kepada owner warung sebab semangat patriotiknya yang tinggi. Poster semua PM itu menjadi asbab anak-anak belajar secara tidak langsung kan
ReplyDeleteMeriah betul Warung Man Black deko Merdeka! Usaha patriotik macam ni memang terbaik. Selain roti canai dan nasi goreng, ada menu sarapan lain yang recommended kat sini?
ReplyDeleteSeronok ada semangat mcm ni =)
ReplyDeleteNampak roti canai dulu dari gambar PM. Hehe....wahhh roti banjir onne....
ReplyDeleteMacam nak makan roti canai la esok.
ReplyDeleteBagus sangat ni. Semangat Kemerdekaan yang tak pernah luntur. Efforts di A+. Pelanggan pun jadi semangat sama.
ReplyDeleteSedapnya pagi-pagi pekena roti canai. Mujurlah dah sampai roti canai semalam. Kalau tidak, terliur kita kakk.
Sana sini vibe merdeka dah ni...SA suka roti canai tapi dah sebulan x makan..hahaha....adoilaaaa...
ReplyDeleteTerliur pulak tengok roti canai. Nak kena sarapan roti canai ke macam mana ni.
ReplyDelete