Tuesday, 18 August 2026

Sarapan Pulut Ikan Masin

Beberapa hari lepas nampak Mak Cella makan pulut bersama ikan kedera (belanak). Ikan kedera masin ni favorite arwah Tok Wan dan Tok. Ummi tak makan masa kecik² dulu. Sekarang semua makan, tolak batu dan kayu je kata orang :D 

Dek tergoda dengan pulut ikan masin MC tu, Ummi pun masaklah pulut untuk sarapan pagi. Ikan kedera takde, ganti dengan ikan gelama masin, yang tak kurang sedapnya. 

Kalau hujan lagi syahdu makan menu nostalgia gini... Ummi suka kalau hari hujan sebab Tok tak boleh keluar menoreh. Boleh Tok berehat di rumah. Tapi, fikiran Tok lain pula. Kalau hujan pasti susah hati. Tak keluar menoreh maknanya tak dapatlah duit. Dah besar ni baru faham ☺️

Sambal sardin baki makan malam nak tumpang bergambar sekali. Alang² tu ambillah roti putih sekeping, cicah dengan sambal sardin. 

Alhamdulillah kenyang sampai ke petang. Bila sendirian di rumah, makanan begini pun dah cukup untuk Ummi. 

30 comments:

  1. Begutulah teringin makan, bolehlah buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bahan semua ada, cepat je jadinya.

      Delete
  2. selalu nampak dan dengar org cter makan pulut, ikan masin tapi nieyl tak pernah rasaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pulut ikan masin ni famous sebelah Utara sana Nieyl. Antara juadah pilihan untuk sarapan

      Delete
  3. Dh lama x mkn pulut dgn ikan masin.Trliur plk kits tgk..=D

    ReplyDelete
  4. Ada baca juga post mama cella tu. Saya belum pernah lagi makan pulut ikan masin dan kelapa ni sebab dah biasa makan pulut dengan sambal agaknya.
    Roti cicah sambal sardin pun ngam. Kalau rajin sikt terus buat sandwich sardin. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye fiza, kami orang Utara biasa makan pulut dgn ikan masin. Kalau makan dgn sambal tu biasanya ada majlis istimewa. Cthnya khatam Quran.

      Teringin nak cicah sardin je (nostalgia duduk asrama dulu) , itu yg tak buat sandwich tu.

      Delete
  5. jrg sgt mkn pulut ikan masin..sardin cicah roti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah orang tak biasa makan dgn ikan masin. Bagi orang Utara, menu ni biasa bagi kami.

      Delete
  6. Kombinasi pulut dengan ikan masin memang classic nostalgia sangat! Bila makan terus teringat kenangan lama, so heartwarming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Nostalgia tu yg buat lagi ralit menjamah pulut ni :)

      Delete
  7. Cerita pasal pulut dengan ikan masin memang selalu teringat Mama Cella. Nampaknya memang Mama Cella dengan pulut ikan masin berpisah tiada.
    Terbayang-bayang cerita PH tentang orang kampung time hujan tak dapat menoreh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favorite orang Utara pulut ikan masin ni Kak Amie :)

      Ye, susah hati terutamanya hujung tahun. Risau anak² nak sekolah nanti; nak siapkan duit yuran, pakaian dsbnya.

      Delete
  8. Sedapnya la pulut. Nak buat la nanti makan dengan sardin, ikan masin, telur dadar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila Cie. Nanti share hasilnya ye. Mesti sedap tambah telur dadar tu

      Delete
  9. Nampak pedas je sadin dia tu....

    ReplyDelete
  10. Sama la sis, bila dah umur 40an ni makanan yg dulu tak pandang dan tak minat dah mula jadi makanan yg dicari2. Sedapnya makan pulut dgn ikan masin 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Bukan sekadar makan, tapi nostalgia yg dibawa bersama tu yg jadi lebih sedap dan ralit menjamahnya

      Delete
  11. Saya sukaa makan pulut. Tp kalau db kampung saya selalunya pulut dimakan dengan durian, kelapa kukus atau ayam ingkung. Tak pernah pakai ikan asin. Tp menarik, jadi teringin nak coba juga 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut durian is my favorite too 😋
      Ayam ingkup tu macamana yr Fanny. Di sini pulut dimakan bersama ayam bakar pun seru bangat :D

      Delete
  12. Ye, ammi pun dulu suka kalau hujan sebab arwah aca (ayah) tak payah pergi kerja. Tp member kat rumah gelisah sebab tak kerja meaning takde gaji.

    ReplyDelete
  13. Ini memang kegemaran KSarie. Waduh mana nak cari pulut dan ikan masin ni ye. Teringin pula rasanya

    ReplyDelete
  14. Tak pandai makan pulut ikan masin. Tapi bila scroll sampai bawah nampak sardin tu, Allahu terliur lah..

    ReplyDelete
  15. 1st time dgr nama ikan kendera tu...saya kdg2 mkn jugak pulut gini tp dgn ikan rebus (tak sure ikan apa, may be ikan selayang kot)

    ReplyDelete
  16. Uish, sedapnya menu kampung mcm ni.. tp kalau jual kat kedai ni selalunya seller akn tekan harga terus, premium katanya

    ReplyDelete
  17. kalau tak silap sy ni lauk utk org yg keje kat bendang dulu2...

    ReplyDelete
  18. Sedap sangat tu... ada pulak kelapa parut tapi akk masih belum pernah makan pulut dengan ikan masin.

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak makan pulut dengan ikan masin.

    ReplyDelete