Berlangsung Jumaat dan Sabtu semalam.
Hari Jumaat lalu sini dah nampak khemah jualan, tapi tak singgah sebab trafik agak sesak, orang baru keluar masjid solat Jumaat.
Semalam Angah ajak datang semula...
Tak banyak khemah. Mungkin sbb siang, belum ramai yang berniaga. Malamnya tu ada konsert The Rayhan mungkin lebih meriah. Pengunjung pun kami 4 beranak dan beberapa orang lain je...
Kebanyakannya jual makanan dan minuman tapi ada terselit orang jual bunga macam Linda selalu buat tu. Bunga dawai ke panggilnya tu...
Ummi beli roti daging dan ayam ni. Apa namanya ye yang Chinese Muslim selalu jual tu. Makan panas² memang sedap.
Belian kami;
Roti daging x2
Air oren cup x1
Ramen x1
Megi x1
Popia carbonara x2
Ayam gunting x1 set
Ayam gunting ni Ummi rasa sikit, macam masam. Angah yang beli. Dia pun tak habis makan, buang je sebab takut sakit perut. Sayang tapi nak buat macam mana kan :( Cuaca panas sangat, food truck ni pun mengadap matahari petang, mungkin salah satu faktor makanan cepat rosak wallahu a'lam. Nak kata basi pun tidak, takde bau cuma rasanya berubah.
Dalam dewan terbuka tempat Ustaz Aliff kahwin minggu lepas, ada pameran dari agensi kerajaan. Kami tak masuk pun ke situ.
Sebelah pagi ada acara perarakan dari dalam kariah Masjid Al Khairiyyah sempena Maulid Nabi dan Hari Kebangsaan.
Masa keluar ke pasar pagi tu memang perasan dari jauh peserta perarakan sedang bersedia. Polis pun dah standby untuk jaga trafik. Syukur tak bertembung, kalau tak lama juga nak tunggu depa habis berarak. Tahu sebab masa Abang umur 6 tahun dulu pernah turut serta berarak. Orang ramai dan trafik sesak masa tu. Sampai hilang sekejap anak Ummi tu, di sebalik keramaian π
saya pun suka pi karnival masjid bawa famili.. cari t-shirt program, cari makanan yang sedap-sedap.. yang tak berapa best nak cari parking jika pi masa peak time hehe..
ReplyDeletenamanya mon chinese beef roti
ReplyDeleteSeronok sambil beri sokongan pd jualan kita membeli mknan je kan
ReplyDeleteSmlm
Masjid perumahan sy pun buat karnival
Siap ada jualan rahmah
Kalau ada festival atau karnival macam ni biasanya KSarie akan rambang mata memilih makanan sebab banyak sangat pilihanπ
ReplyDeleteooo ada karnival kerr..patutlah crowded sgt area masjid tu hehhe ingatkan ada event apa
ReplyDeletebest ada karnival kt masjid ni tp skarang cuaca panas mmg tk ramai la org pi awal ye
ReplyDeleteRoti daging tu orang panggil Beef Roti. Dah lama tak makan tapi saya suka rasanya.
ReplyDeleteBagus ada program karnival masjid mcm ni.. roti daging tu mmg sedap.. asal mmg dari chinese muslim..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bagus nya ada program macam ni..
ReplyDeleteAaaa, nama dia kawat bulu.. hihi.. ingatkan Linda mana la tadi..
Sama, hari tu beli durian crepe dekat food festival dekat Seri Iskandar, durian dia masam..agaknya, dia tersilap letak tempoyak kot.. hahaha.
Moon beef ππ. Pertama kali coba yg di Bukitbuntang, pas baru buka dan viral. Rela saya antri 1 jam hahahahahah. Untung sedap. Kalau tak, siap2 pak suami istri merajuk π. Dia yg nak sangat makan moon beef.
ReplyDeleteAlaaah sayang juga kalau ayam gunting masam. Bisa jadi Krn dah terlalu lama, kena panas juga kan
Sedap roti ayam dan daging tu.. aishh..tibe teringin pulak..
ReplyDeleteKenyang tu kalau makan mon beef seketoi.
ReplyDeleteBagus ada program macam ni. Banyak aktiviti menarik dan dapat juga peniaga jana pendapatan. Mungkin ayam tu dah lama atau tak disimpan dengan betul. Risau juga nak makan tu takut sakit perut.
ReplyDeletesemalam baru makan chinese beef roti, my fav!
ReplyDeletealamak spoilnya rasa ayam tu masam.. boleh jadi sbb faktor cuaca jugak kan
Aduh, sayang betul ayam gunting tu terpaksa buang. π Tapi betul kata PH, faktor cuaca panas terik memang boleh buat makanan cepat berubah rasa. Mujur Angah tak terus makan, risau juga kena sakit perut. Apa pun, seronok dapat jalan-jalan cuci mata dengan keluarga
ReplyDeleteChinese Beef/chicken roti tu memang sedap dan ada juga beli dah beberapa kali.
ReplyDelete