Sunday, 2 August 2026

Catatan 18 Safar 1448H

Menu sarapan pagi minggu... 

Bihun Singapore dan keropok goreng. Ummi goreng bihun, Abang goreng keropok. 
Kuah durian masih berbaki, pakat hirup sorang semangkuk. Minta Walid beli juga nasi lemak bungkus buat tambah². Bihun tu nampak sikit pulak bila dah digoreng. Hari ni ada jemputan kenduri, tak perlu masak lauk tengahari. Tuan rumah jemput dan pesan suruh datang satu keluarga. Jadi, anak⁴ pun ikut sekali. 


Petang hantar Kakak balik asrama. Malam dia call tertinggal barang. Adoi la Kakak... 

Catatan ringkas sahaja hari ni. 
Nanti Ummi buat entry khas untuk kenduri hari ni, In Sha Allah. 


23 comments:

  1. Asyik yaaa ada kenduri lagi 😍😍😍. Ramai undangan untuk kakak yaaa.

    Bihun Singapore saya suka. Saya memang lebih suka bihun yg tanpa kecap begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jemputan kenduri sentiasa ada utk kakak sekeluarga.

      Kakak suka semua jenis bihun hehe

      Delete
  2. Senang tidak payah masak untuk makan tengahari. Bagus tuan rumah ajak semua.

    ReplyDelete
  3. Salam pagi senin PH sekeluarga

    ReplyDelete
  4. morning PH! pg ni MZ bf mkn bihun jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morning, have a nice day MZ !
      Eh sama kita hehe

      Delete
  5. SubhanAllah, tenang je baca catatan 18 Safar ni. Semoga hari-hari kita sentiasa diberkati.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..Sedap tu mihun goreng Singapore makan dengan keropok ikan. Bagus tuan rumah dah bagitahu siap-siap ajak satu keluarga, jadi boleh pergi semua. Boleh cuti masak lepas tu.
    Aduh, bab tinggal barang tu yang risau tu. Lagi-lagi kalau barang penting. So kena hantarlah barangnya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega, boleh cuti masak hehe
      Iya, kenalah hantar huhu ... Suruh tunggu sampai weekend tak boleh, yang tertinggal tu pencil case dan sikat. Takkan Kakak nak pinjam sikat kawan katanya. Eh, dia yang lupa kita pulak kena marah 😅😆

      Delete
  7. Sedapnya bihun goreng bergandingan dengan keropok, tambah lagi ada nasi lemak. Seronok la PH anak⁴ semua ada ni. Seronok makan ramai² dan tambah seronok bila dapat bawa semua anak⁴ makan kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok SK, riuh rumah hehe...
      Itulah siap dipesan suruh bawa semua. Lega kita, boleh gantung kuali 😁

      Delete
  8. Ngam tu makan bihun dengan keropok.

    ReplyDelete
  9. Saya suka bihun tapi selalunya bihun yang dibeli selalunya tak kena dengan tekak.

    ReplyDelete
  10. Bihun goreng, ada keropok memang ngam.

    ReplyDelete
  11. Tertinggal barang tu biasa.. Linda yang kdg² balik Tronoh ni pun tertinggal barang.. hahaha..tu yang suka buat set rumah Tronoh 1, set asrama satu.. jadi bila balik, tak payah nak bawak banyak²..

    ReplyDelete
  12. Kalau ada kenduri, masa ni lah nak gantung kuali kan...

    ReplyDelete
  13. Bila ada kenduri, yey tutup dapur

    ReplyDelete
  14. rajin abang membantu di dapur. kalau ammi pun "abang" juga yang rajin bantu, Kyra mmg selagi kita tak panggil memang dia takkan jengah dapur tu. Risau pulak kita....camna nak kawin sok ni

    ReplyDelete