Sunday, 26 July 2026

Wedding @ Grand Ammara Event & Hall Avenue Crest, Shah Alam

#DaniaIzinLove, sweet hashtag-nya...

Terima jemputan dari bekas rakan sepejabat Walid, En Razak ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Shah Alam. Semestinya kami berbesar hati untuk meraikan jemputan istimewa ini. 

OOTD ❤️🩷

Kami tiba di dewan majlis pada waktu puncak, menjelang waktu Zohor. Suasana dalam dewan agak padat dengan tetamu jauh dekat yang datang meraikan pengantin baru. Dengarnya ada tetamu sejauh Bangkok turut hadir. 

Setelah beberapa kali pusing, alhamdulillah dapat tempat duduk. Cantik bunga di meja ni, lembut je warnanya membangkitkan mood romantis, sesuai dengan majlis. 

Dari jauh nampak pengantin baru sedang bergambar dengan tetamu. 

Kami makan dulu...
Sedap lauk pauknya; kari daging, ayam goreng berempah, dalca, papadom, ulam salad dan nasi minyak yang sangat enak. Air pun istimewa, air blue lagoon katanya. Pertama kali rasanya Ummi minum 'air biru' di majlis kenduri. Selalunya air merah (panggilan orang kampung kami untuk air sirap). 

Walid ambil mee kari. Ayam ketul besar², puashati makan. Nampak tetamu di depan Ummi ambil laksa. Ummi malas nak bangun ambil, kongsi je makan mee kari ni. Perut pun dah kenyang, sekadar nak rasa juadah yang dihidangkan. 

Makan juga kuih lapis warna warni dan popia sura sorang seketul. Alhamdulillah kenyang. Marilah kita bangun bagi ruang untuk tetamu yang baru sampai pula. 

Dewan ni cantik. Cuma Ummi tak banyak ambil banyak gambar, tetamu tengah ramai. Segan :) 

Candy corner 🍭🍭🍭

Ummi ambil cookies sepeket. 

Selepas keluar dewan, kami ambil gambar dulu di photo booth yang disediakan. Dapat 2 keping printed photo. Sekarang ni kalau pergi kenduri/event jika ada photo booth begini memang kerap kami ambil peluang bergambar. Seronok sebab dapat gambar bercetak on the spot

Cenderahati dari tuan rumah... 
Walid dapat balang kaca cantik. Dalam tu ada biskut bunga. Selain tu dapat tasbih dan tisu. 

Ummi dan Adik dapat beras dan tisu.

Alhamdulillah tahniah sekali lagi untuk kedua mempelai. Terima kasih ER atas jemputan.

Selamat Pengantin Baru Izzhar & Dania ❤️
Baarakallahu lakuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻 





.


4 comments:

  1. Cantik baju ummi, red & pinky gitu..
    Rasa tenang je minum air blue lagoon😊

    ReplyDelete
  2. Cantik warna baju PH, sama sweet macam bunga-bunga atas meja tu.

    ReplyDelete
  3. Dewan pengantin sekarang memang hebat2... Semua cantik

    ReplyDelete
  4. Eh sama pula tisu itu dengan kenduri kahwin saya pergi semalam.

    ReplyDelete