Pistol Kertas
Adik ada presentation untuk subjek PJPK. Dia kena sediakan pistol. Syukur ada Abang, Abang la tolong buatkan. Harapkan Ummi, sampai sekarang nak buat kapal terbang kertas atau sampan kertas pun fail π
Cikgu cakap boleh dapat TP6 presentation depa. Selain prop, masa presentation depa guna soundtrack Polis Evo, minta Cg tolong buka dekat YouTube (kelas ada smart TV). Tak terfikir Ummi budak² ni punya idea tau... Dok bayangkan presentation biasa² je. Itu yang dapat extra mark kot. Anyway, good job Adik & team.
Ada dorm mate Kakak pergi Vietnam, school trip bawa balik ole² untuk kawan² sebilik.
Mama Anis bagi Kakak duit raya. Cantik sampul rayanya, dari Caring Pharmacy. Di hujung sampul ada tulis nama pelukis; Danial Kushairi.
Jumaat Abang pergi gerai tutup (cuti agaknya). Sabtu pergi dah habis. Ahad donut ni sampai depan rumah, melalui Rizki. Alhamdulillah rezeki Kakak yang teringin sangat.
Budak-budak sekarang buat persembahan projek guna teknologi.
ReplyDeleteWah sarapan nasi dagang.