Friday, 1 May 2026

Photodump Week 18, 2026

Wajar dipuji usaha pihak sekolah Abang di mana transit untuk kanak² berusia 2 tahun ke atas disediakan secara percuma semasa Majlis Pengiktirafan Murid Cemerlang. Adik kami tinggalkan di sini sementara Ummi Walid masuk dewan (hanya 2 orang ahli keluarga penerima anugerah dibenarkan masuk dewan). Macam² aktiviti dilaksanakan seperti tayangan filem Upin Ipin, games dsbnya. 

Dinner @ Nas Bistro. 
Tak reti betul nak order makanan kalau makan di luar. Asyik² nasi goreng kampung telur dadar 😁

Arca bunga pulak πŸ˜… 
Nampak senang tapi boleh bikin stress bila tolong Adik siapkan tugasan PSV ni. Tonton video vs buat lain ye. Nampak senang tapi nak lekat cawan² kertas tu dekat bekas plastik tu boleh bergaduh la 😬

Uncle Husin tuai hasil kebun depan rumah. Dapatlah merasa  Pisang Tanduk Goreng airtangan Aunty Sofea. Manis pisangnya. 

Asyik kena buli je anak remaja Ummi sorang ni. Kejap berdarah ekor, kejap mata pulak kena cakar. Area ni banyak kucing jantan, masing² nak tunjuk hero. Sian Cheeky, dia paling muda asyik kena je la huhu... 



14 comments:

  1. Kreatif betul arca bunga tu. Ada cotton bud dan gosok periuk. πŸ˜πŸ‘
    Cheeky muka susah hati la. Tapi comel!

    ReplyDelete
  2. Masam je si Cheeky ni. Agak² kalau kucing senyum seram tak ehπŸ˜†

    ReplyDelete
  3. Kesian Cheeky, nampak sedih dan takut.. Mommy babab siapa yang buli Cheeky tau. Apa pun hasil tugasan PSV sangat kreatif, menarik.

    ReplyDelete
  4. Anak jantan saya pun suka berlawan, pantang kucing jantan lain lalu kawasan rumah, cepat-cepat dia kejar. Puas saya nasihat, kawan tu lalu je tak payah la perambat. Bila bergaduh, dua-dua luka sana sini.

    ReplyDelete
  5. Baguslah ada transit untuk majlis macam tu di sekolah.

    Sama dengan saya, makan di kedai, menu sama je saya order.

    Kreatif, macam anak bongsu saya.

    Makan panas2 dengan air kopi O pekat sedapnya lahai, kena pulak musim hujan la ni.

    Kesian anak remaja ibu kena buli, mentang2lah ia slim.

    ReplyDelete
  6. Kreatifnya arca bunga!
    Sesekali tangan kena berseni pula yaa hehehe

    ReplyDelete
  7. Cantik juga tugasan PSV tu. Nak buat tu memang rumit la.

    ReplyDelete
  8. Cheeky tu baka kampung ke PH..lain bentuk telinga dia.

    ReplyDelete
  9. Tp kadang kalau dah pergi ke suatu kedai makan yg memang saya tahu menunya sedap, pasti menu ituuu saja yg saya pesan πŸ˜„.

    Aiiiih kasiannya cheeky. Semoga tak terlampau parah luka2nya ya kak.

    ReplyDelete
  10. kreatifnya arca bunga tu. ni mesti konsep buat dari bahan2 terpakai

    ReplyDelete
  11. alo kasian si oyen yang kuning kan..

    ReplyDelete
  12. Tugasan PSV tu memang mengundang betul.. Perlukan kesabaran nak membuatnya..

    ReplyDelete