Sunday, 3 May 2026

Makngah Catering šŸ§‘šŸ»‍šŸ³

Long weekend ni Ummi buka katering :p 
Masakan tidak, bukan saja 2 anak di asrama balik rumah, tapi sepupu depa di IPG, Haziq pun datang bermalam. Penuh rumah. 

Nak raikan depa, Ummi asyik masuk dapur je la... 

Lunch Jumaat ~ Nasi Ayam 

Dinner Jumaat ~ Buttermilk Chicken (favorite Adik) dan Kari Ikan Tenggiri (kari favorite Haziq). Sambal belacan dan ulam timun malu nak bergambar :p

Walid beli ayam Baker's Cottage otw balik dari ambil Haziq di Terminal Putra. Banyak lauk šŸ‘šŸ»

Sarapan Sabtu ~ Bihun Goreng, Sambal Kicap dan Sandwich Sardin by Kakak 

Lunch Sabtu ~ Masak Lemak Pucuk Ubi (kegemaran Kakak), Ayam Sambal (favorite Angah) dan ikan rebus goreng. 

Dinner Sabtu ~ Steamboat manja² gitewww 

Sarapan Ahad ~ Keropok goreng, mee goreng dan nasi goreng ikan tumbuk. Ikan rebus goreng tu ada baki sekerat bahagian ekor, Ummi tumbuk buat rencah nasi goreng. 

Lunch Ahad ~ Sayur campur, paprik ayam + udang dan kari Ikan tongkol. Menu asal nak goreng telur dadar je untuk pelengkap hidangan. Tapi masa nak tenggek kuali goreng mee šŸ‘†šŸ» Walid kata ada sedara nak datang. 
Lepas breakfast masuk dapur semula, masak lauk tengahari. Dari nak goreng telur je, tambahlah satu menu lagi ie kari ikan tongkol. Tunggu punya tunggu, tak sampai². Nak datang petang pulak katanya. Kami pula nak keluar hantar anak² balik asrama dan hantar Haziq ke LRT. Ada rezeki jumpalah. 

Penat memang penat, tapi hati puashati. Nak² bila tengok anak² makan bertambah². Itulah kepuasannya. 







4 comments:

  1. ummi jadi makcik kantin ye...

    ReplyDelete
  2. agaknya naik berat haziq sepanjang duduk rumah makngah dia ni hahaha

    ReplyDelete
  3. alahai ummi...3 hari bz ye..sesekali ye ummi....hehehe...

    ReplyDelete
  4. wahhh.. rajin ni. puas family makan kan.

    ReplyDelete