Monday, 30 March 2026

Back to School @ 10 Syawal

Cantik poster sekolah buat untuk raikan pembukaan semula sekolah. Disenaraikan tips dan pesanan untuk murid² menghadapi cuaca panas sekarang ni... 

Ummi pun pesan dekat Adik kena minum air kosong banyak². Sementelah dia terlibat dengan latihan KESUSRAI (sukan SRAI) lagilah kena banyak minum. 

Rezeki hari pertama sekolah, dapat hadiah dari Cg Afiqah. Sebelum cuti raya ada ujian subjek akhlak, Adik antara yang dapat markah tinggi. Alhamdulillah. 

Sampul raya cantik dari RHB, pemberian duit raya dari Rafiq. Alhamdulillah terima kasih. 

Time balik sekolah, hujan lebat mencurah²... Ni dekat Greenwood. Dekat sekolah mana yang lambat sikit jemput anak, terpaksa hadap banjir kilat. Ummi balik tadi hujan baru nak mula. Sampai Greenwood dengar kata sekolah dah banjir 😟

Semoga dipermudahkan urusan semua 🀲🏻 

2 comments:

  1. Uncle kat cehras ni pun ujan lebat sebelah petang

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. harap turun sikitlah suhu selepas hujan.

    ReplyDelete