Memandangkan persembahan Choral Speaking Adik & Kakak dah selesai, kami taklah lama berada di SRA As Siddiqin. Bergegas balik ke rumah untuk selesaikan beberapa perkara sebelum tetamu sampai.
Elok masak, tetamu bagitau depa di Kuala Selangor . Ada member ajak makan nasi kandar. Ah sudah, sepiyok besar tomyam ni siapa nak habiskan 😅
Tiba² Mommy Zya bagitau dia nak singgah sekejap di rumah, nak hantar barang yang Ummi tempah. Ikutkan dia nak pos je dari Taiping. Tapi dah balik ziarah ibu mertuanya di Kepong, lari sekejaplah ke SG ni. Alhamdulillah, kecil tapak tangan, nyiru Ummi tadahkan :3
Bila last jumpa Mommy Zya ni pun entah, dua² lupa. Kawan sejati, walau jarang jumpa tapi sentiasa dekat di hati. Itu yang tak pernah rasa jauh dengan dia, wpun hakikatnya Mommy Zya ni berkelana di Taiping.
Inilah barang yang Ummi tempah dgn Mommy Zya tu. Bff Ummi ni memang berbakat dgn kerja² kraftangan gini. Plus dia minat.
Tak lama lepas Mommy Zya balik, sampailah tetamu yang kami nanti, iaitu Paksu Maksu sekeluarga. Adik Kakaklah paling excited nak jumpa sepupu² depa. Siap beli Samyang dan Megi Cup nak makan sama².
Mendaratlah atas meja tomyam dan bekal yang Maksu bawa dari Jitra. Konon nak makan dalam perjalanan, tapi kata Maksu semua kekenyangan jadi bekal tak berusik. Jadi, untuk dinner makan lauk bekal tu je. Legalah Ummi pun, tak payah masak hihi...
Alhamdulillah...rezeki...dari kuala selangor nak sampai gombak, boleh lapar balik PH...hihihi
ReplyDeleteHaha... Ini pun diorg komplen, jammed... Baru depa tau apa yg kita rasa hari² 🤭
Deletefavourite sis tomyam tu.. yummy.. ^^
ReplyDelete😋
Deletesedapnya tomyam...teringat plak tomyam kat Nilai hari tu...dapnyaa...
ReplyDeleteHirup saja pun sodap kan SA
DeleteBersusun atas meja bekal yang dibawa. Tom yam tak tinggal ye PH.
ReplyDeleteKena keluarkan juga Kak, nanti takde siapa nak makan hehe
DeleteMeriah rencah isi tomyamnya. Rezeki Mommy Zya dan anak-anak lah dapat makan tomyam Ummi. Brooch Merdeka tu comelnya. Bagus buat persiapan awal. Tak kalut nak mencari accesories nanti.
ReplyDeleteCampak² je flora & fauna yang ada Fiza 😁
DeleteItulah nanti ada macam² event sempena merdeka ni
Eh eh... ada bunga merdeka pulak! Cantiknya
ReplyDeleteSemangat 😆
DeleteSemalam pun Cie masak tomyam tapi sikit jela. Takde idea nak masak apa.
ReplyDeleteMasak tomyam ni senang, asal ada bahan onz je kan
DeleteSeronok lama tidak jumpa Mommy Zya terus rezeki dia sekeluarga makan tomyam
ReplyDeleteItulah rezeki dia dan anak³ :3
DeleteSaya dah tulis di list, nanti di KL wajib beli stok Tomyam 😄😄. Yg dijual di sana sedaap soalnya. Biasa pun saya memang selalu beli tiap kali ke Malaysia.
ReplyDeleteHah bagus², beli stok banyak² k
DeleteTerbaik..tom yam boleh dah jual...rezeki pasti ada
ReplyDeleteTerima kasih ada link url blog Etuza ya
ReplyDeleteSedap nampak tom yam tu... 😍
ReplyDeletecutenya brooch merdeka tu
ReplyDeleteSeronok tu anak² jumpa cousin mereka.
ReplyDeleteMakan² samyang tu mmg agak sinonim bila berkumpul😆