Sebelum ke kenduri di Dewan Komuniti Batu Muda, pagi tu Walid ke sekolah Angah dulu. Ada program Gotong Royong Madani. Rasanya banyak sekolah buat gotong royong bulan ni. Tengok status kawan² cikgu pun saban minggu ada yang share tentang gotong royong sekolah masing².
Waris F2 ditugaskan untuk bersih tandas di bangunan sekolah. Tak best betul tugasan yang kami dapat 🤭 Tugasan ni bukan saja meliputi kerja² pembersihan tapi juga repair dan penambahbaikan. Syukurlah di kalangan waris ni ada yang pandai dalam bab ni. Shout out utk En Syawal dan beberapa orang ayah lain yang bukan saja bertungkus-lumus pada hari Sabtu tu, tapi hari Ahad semalam pun datang lagi siapkan kerja. Antaranya menukar dan membaiki pam tandas.
Terima kasih banyak ibu ayah yang bersatu hati sumbanh tenaga, masa dan wang ringgit untuk keselesaan anak² dan warga sekolah. Jazakumullahu khairan kathira.
Betul la tu sekolah anak pun buat gotong royong sabtu baru ni.. tpi tak dpt hadir sbb attend sport day si kecik tadika tu..
ReplyDeleteNasib baik ada yang pandai baiki tandas. Alhamdulillah.
ReplyDeleteKadang2 kesian tengok tandas sekolah ni macam takde peruntukan khas untuk kerja pembaikan tandas.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteGotong-royong selesai dengan jayanya.
Alhamdulillah. Bagusnya bila ibu bapa pun terlibat sekali dlm gotong royong camni. Dpt baikpulih fasiliti di sekolah utk kegunaan anak2
ReplyDeleteApalah sangat tenaga dan wang demi anak2 kan?
ReplyDeleteGotong royong madani juga di adakan di sekolah Etuza, seronok jumpa ramai orang kerja kerja pun cepat siap ..alhamdulillah
ReplyDeleteHaritu GR sekolah Khilfi pun ada parents yg dtg berhari2 nak siapkan (tahniah utk mereka sbb komited). Dorang solder balik katil yg bergoyang, repair pintu semampu yg boleh
ReplyDeleteAgaknya kempen bergotong royong seluruh sekolah kut sebab mungkin satu aktiviti bulan kemerdekaan.
ReplyDeleteBagus jugalah ada aktiviti gotong royong ni, ramai ibu bapa datang membantu. Elok juga tu ada yang pandai bab-bab begini boleh betulkan apa yang perlu. Macam ni ibu bapa pun dapat tengok fasiliti sekolah macamana kan. Tahniah pada mereka yang terlibat.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya bersatu hati demi keselesaan anak².
ReplyDeleteBagus gotong royong ni. Di sekolah anak2 dulu selalu buat jugak.
ReplyDeletebagus sgt aktiviti begini. utk manfaat bersama esp our beloved kids
ReplyDeleteSaluuut saya dengan gotong royong yg dilakukan sesama orangtua murid 👍👍👍. Saya tak pernah merasakan ada aktifitas begini di sekolah anak saya. Apalagi bab memperbaiki apa yg rusak. Biasanya guru akan minta orangtua melakukan chip in, lalu panggil tukang utk memperbaiki.
ReplyDeleteWahh gotong royong Madani ni memang vibe komuniti padu! Semua orang turun padang sama-sama bersihkan kawasan,
ReplyDeleteSyukur...salute ibu bapa support aktiviti macam ni...
ReplyDelete