Saturday, 16 August 2025

Recap ~ Week 32, 2025

Week 32: 6/8-12/8/2025

RABU Progress terbaru pembinaan SRA. Saja simpan gambar di sini. Dah naik bangunan sekolahnya nanti semua ni bakal jadi kenanganlah kan... 

KHAMIS Beria kemas rumah, basuh langsir segala hihi... Ini baru adik ipar yang nak datang, kalau mak mertua  yang datang sekali² dengan rumah pun dibasuh kot πŸ˜†

JUMAAT Ada orang belanja aiskrim batang ni. Tqsm Ciktah 😘

SABTU Adik Kakak ke KAMIL Negeri. Mommy Zya dan Paksu sekeluarga pun datang hari ni juga. Plus wedding Faritz pun hari yang sama, sebelah malam. Padat jadual hari ni. 

AHAD Melawat Abang di asrama dengan Paksu Maksu. Balik tu singgah di outlet Karcher Batu Caves. Malam makan burger je... Lately Ummi terikut² pulak dengan gegirls, order burger tak nak sayur 🀭

ISNIN Breakfast di Kg Melayu Sri Gombak Indah kot namanya. Teringin nak makan roti canai kampung style tu yang ke sini. Bihun goreng pun teringin juga, ambillah sepinggan. Tak habis kita tapau je, takyah pening². 

SELASA Adik bawa balik coklat, cikgu bagi Ummi katanya. Hah? Terkejut juga haha...rupanya cikgu bagi dia, dia tak nak. Cikgu cakap bagilah dekat mak awak πŸ˜‚ 

15 comments:

  1. penuh aktiviti PH hujung minggu ye...SA x kemana-mana sebab Dania dah nak balik ke Kolej hari ni lepas seminggu bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dah start semula ye sem baru... All the best Dania πŸ‘πŸ»

      Delete
  2. Tergelak baca rumah dibasuh tu. Kalau boleh dibasuh, memang dibasuh agaknya kan. hihi..Begitulah kita kalau tetamu nak datang, nak rumah betul-betul bersih untuk keselesaan tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Nak menunjukkan betapa bersemangat nak sambut tetamu :D

      Delete
  3. Sibuk minggu PH. Saya nampak begedil di tepi bihun goreng. Hehe..πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ni kalau jumpa begedil, mesti nak ambil jugak seketul Nur :)

      Delete
  4. adik ipar tu baca blog ni tak?😁😁

    ReplyDelete
  5. Ehhh.. betullah... kalau nak rumah kemas panggil tetamu datang😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Kak... Jgn kata tetamu, kalau org Coway nak datang pun auto berkilat rumah πŸ˜‚

      Delete
  6. Oh kisahnya dia nak tak jadi cikgu suruh bagi ummi. Dia ambik ayat last tu....

    ReplyDelete
  7. Org bagi coklat dia tanak? Bertuah betullll…kalau ammi benda free i sauk je hahah

    ReplyDelete
  8. cutenya coklat ada gmbr bunga ros tu kan

    ReplyDelete
  9. Roti canai dan bihun goreng tuh saya sukaaaaaa. Cicah kari, sedaap pasti 🀀. Langsung lapar pun 🀭

    ReplyDelete