Monday, 11 August 2025

KAMIL Negeri 2025

KAMIL = Kemahiran Amal Islami. KAMIL ni pertandingan antara SRAI & SRA di Selangor. Mula dengan peringkat sekolah > zon > daerah > negeri. 

Alhamdulillah sekali lagi Adik & Kakak terpilih untuk acara Choral Speaking untuk KAMIL Negeri. Acara ni memang acara peringkat negeri, tak perlu lawan di peringkat zon atau daerah dulu. Acara lain yang terus ke peringkat negeri ialah kuiz dan robotik, kalau tak silap Ummi. 

Jam 6.45 pg bas dah gerak ke Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang. 

Kali ni ada 2 venue. Satu lagi di Bandar Country Home, Rawang. 

Pukul 10 lebih baru Ummi Walid menyusul. 

Pentas untuk acara Choral Speaking dah kosong 😅
Kami sampai diorang dah habis performed :( Kali ni cepat dan sharp kata Cg. Almost semua acara setel dah dalam pukul 11 pagi tu. 

Tak dapat tengok live anak² perform kali ni tapi adalah video Tr Adila share 👇🏻

Kakak jadi conductor kali ni. 
Dalam video ni cuma nampak tangan Kakak je 😁

Keputusannya, sekolah Kakak berjaya bawa balik beberapa kemenangan alhamdulillah. 

Acara bercerita tu kawan² yang menang; Zu dan Faris. Tahniah² 👍🏻
Tahniah juga utk Tr Faz selalu guru pembimbing 👍🏻 

Acara CS belum sampai rezeki menang lagi. Mungkin Adik boleh kot sambung cita² Kakak. Kakak last dah tahun ni di SRAI. Adik pula dah tahun kedua masuk team CS ni.

Apapun tahniah semua!
Masing² berani mencuba dan dah buat yang terbaik kan... Terima kasih cikgu² atas tunjuk ajar dan peluang yg diberikan utk anak². 

27 comments:

  1. Tahniah adik dan kakak. Dua-duanya aktif.

    ReplyDelete
  2. Wah! Conductor tu... Tangan pun tangan lah... unlce tumpang bangga

    ReplyDelete
  3. Hebat. Tahniah buat semua pemenang!

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat semua anak2. Semoga terus berjaya!

    ReplyDelete
  5. takde rezeki ummi walid nak tengok live CS..
    teringat zaman sekolah masuk CS juga...best tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ada ye time Linda sekolah? Zaman Akk takde hahaha

      Delete
  6. Jadi conductor tu pun dah cukup hebat walau tak meraih kemenangan. Tahniah sebab berani mencuba 👏🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kakak ni suka cuba benda baru.

      Delete
  7. Alhamdulillah dan Tahniah

    ReplyDelete
  8. Memang musim pertandingan sekarang ni dekat sekolah2...

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk sekolah anak PH ya.....

    ReplyDelete
  10. Tahniah untuk anak-anak PH. Aktif kedua-duanya. Dapat tambah pengalaman dan keyakinan bila masuk aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur.
      Betul, dapat pengalaman tu yg penting tu

      Delete
  11. Tahniah buat semuanya x kira menang ke kalah kan...yang penting dah mencuba dan dapat pengalaman yang indah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah team kakak menang. Tahniah juga adik dan kakak dapat mewakili sekolah dalam acara Choral Speaking dan kawan-kawan lain yang berjaya. Bukan mudah nak jadi conductor tu.

    ReplyDelete
  13. Yg penting berani mencoba. Suami saya pun selalu mendorong anak2 untuk melakukan banyak hal di sekolah. Kalo ada pertandingan ikut saja. Kalah menang tak kisah. Yg penting berani ikut

    ReplyDelete
  14. Tahniah anak-anak Puan Hazel, memang berbakat.

    ReplyDelete
  15. Congrats!!! Anak ofismate ayu pun join mcm2 sekarang ni

    ReplyDelete
  16. Tahniah anak² PH.
    Nanti masuk sekolah menengah kakak boleh sambung CS. Suka nengok gaya konduktor CS ni.

    ReplyDelete