Saturday, 2 August 2025

Gulai Tunjang dan Ulam Betik Muda

Alhamdulillah nikmat sungguh makan tengahari semalam... Makan ulam betik muda rebus dan ikan goreng. Simple tapi nikmat sebab dapat makan bersama 6 beranak. 

Betik Muda Rebus dan Budu. 
Abang PB minggu ni. Seronoklah Ummi makan budu, ada geng. 

Ikan merah bahagian isi Ummi goreng. 
Bahagian kepala buat sup. Tapi simpan dulu sebab dah banyak lauk. Ayam goreng pun ada. Kakak tolong gorengkan. Pandai dia goreng, masak sekata semua. Good job Kakak 👍🏻

Kemudian Walid beli gulai tunjang dan gulai daging dari kedai nasi padang sebaris dengan Salam Tailor Sri Gombak tu. 

Walid beli juga jeli kelapa. Sini panas hari ni memang ngam la dapat makan jeli kelapa ni. Harga sebekas cuma RM1. 10 bekas Walid borong 😁

Ummi pula beli air jambu. Cuaca panas ni nak minum air manis² je... 

18 comments:

  1. Murah la juga jeli kelapa tu RM1 je 1. Makan sejuk2 sedapnya la.

    ReplyDelete
  2. Aaa.. bila panas² ni minum air manis tak pe, hehehe. Sedap² makanannya, lebih sedap bila anak⁴ ada.

    ReplyDelete
  3. Bila tengok betik muda rebus tu.. pokcik rasa nak buat sama.. lagi pun betik belakang rumah tengah lebat ni

    ReplyDelete
  4. Gulai tunjang dengan gulai daging tu kira lauk bonus laa PH.

    ReplyDelete
  5. Saya makan budu juga tapi selalu makan di kedai jual nasi campur.

    ReplyDelete
  6. Ikan merah n gulai tunjang... dua2 saya suka!

    ReplyDelete
  7. Bila berselera kita makan apa ada..senag hati makan apa yang kita suka...

    ReplyDelete
  8. sis tak pernah makan gulai tunjang..
    tapi budu tu sungguh menggamit selera.. tapi takleh makan banyak sekarang.. buat raso-raso je.. ^^

    ReplyDelete
  9. Sedapnya gulai tunjang tu..lama x makan

    ReplyDelete
  10. Gulai tunjang, first time dengar. Mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  11. Betik muda biasa tumis cincang halus je. Tak pernah makan buat ulam rebus macam ni. Macam sedap juga rebus buat ulam kan. Bolehlah cuba. Ringkas dan sedap. Saya suka kalau ikan merah goreng sahaja garing macam tu, ada ulam lagi cicah sambal. Berseleralah makan. Gulai tunjang tu tak pernah makan.

    ReplyDelete
  12. Hari Sabtu kami ke belah2 Klang…memang panas

    ReplyDelete
  13. Dah lamaaa tak makan gulai tunjang 🤤🤤. Suami saya yg sukaaa sangat menu ini tiap ke restoran Padang ☺️. Kalo saya lebih suka dendeng balado 😁

    ReplyDelete
  14. Gulai tunjang..... apa tu nampak sedap

    ReplyDelete
  15. Gulai tunjang ni urat keting kan.. kalau makan kat resto nasi padang biasa ambil ini.

    ReplyDelete