Thursday, 10 July 2025

Klinik Aira, Sri Gombak


Alhamdulillah luka akibat bengkak susu Peah dah makin baik. Dari sebesar 2 jari saiz lukanya sekarang dah tinggal sebesar duit syiling 20 sen je kot. Isnin 7/7 tu kira last appointment untuk Peah. Sebelum ni sapu ubat krim tapi untuk last check up ni Doc bagi minyak. Minyak ni katanya untuk percepatkan kulit bahagian tertutup semula. 

Klinik Aira ni lah tempat Peah dapatkan rawatan. Ummi memang recommend klinik ni. Doctors dan nurses sangat baik dan approachable (penting utk cat parent macam Ummi who has very little knowledge dlm menjaga kucing, professional (pandai handle & tackle our pets) serta kliniknya selesa dan bayaran perkhidmatan juga berpatutan. Tot pernah buat surgery and she gets spayed here too

Baju Peah beli dekat sini. 
Terbang RM17 Ummi sebab dia tanggalkan baju tu merata² dan kotor kena ta** dia 😬

Ni Buba, anak angkat Peah. 
Datang dari mana tak tahu, dah seminggu menumpang kasih dgn Peah :) Peah ni macam Tya, baik hati dan sangat protective. Malam tadi Walid balik surau nampak dia kejar anjing. Aduh, risau Ummi, takut anjing tu kejar dia semula 😇

Klinik Veterinar & Surgeri Aira
91, Jalan SG 3/1, 
Taman Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, 
Selangor
(Waktu Operasi: 10.00 pg - 5.30 ptg setiap hari - rehat 1.00 t/hari - 2.30 ptg) 



14 comments:

  1. ada klinik veterinar dkt ngan umah bgs tu..senang nk rawat..oh ada baju juga ye Peah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, baiknya Peah ni. Jarang la mak kucing nak ambil anak angkat sendiri. Penyayang sangat. Semoga Peah lekas sembuh ya, Peah.

    ReplyDelete
  3. Adeh mak....kak mieja tak perasan klinik veterinar, ingatkan peah tu org hehheheheh terbayang bengkak susu zaman menyusukan anak-anak, sekali peah tu kucing.....bahaya kalau kucing bengkak susu, pernah juga mak kucing kak mieja alami nasib yg sama mcm peah.moga peah cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Moga Peah sihat kembali. Beruntung ada vet berdekatan, ada emergency boleh cepat-cepat singgah.

    ReplyDelete
  5. Semoga luka Peah cepat sembuh. Baik dia, jaga anak angkat.

    ReplyDelete
  6. nampak cantik menarik vet clinic ni

    ReplyDelete
  7. Adeh siannya si Peah... macamana lah sakitnya tu.
    Harap lekas sembuh.

    ReplyDelete
  8. anak angkat pun warna sama je... so boleh laa anggap mcm anak kandung kan? hehehe

    ReplyDelete
  9. Buba pun nak sama warna mak angkat dia...

    ReplyDelete
  10. Semoga Peah baik-baik je. Sian dia. Penyayang Peah ni, protective kot dia ni. Berani betul kejar anjing. Kannn...kita pulak yang risau anjing kejar dia balik.

    ReplyDelete
  11. Baik nya peah 😍😍😍😍. Sehat2 selalu ya nak, cepat sembuh juga lukanya 🤗🤗🤗

    ReplyDelete