Tuesday, 8 July 2025

Kenduri Aqiqah Afeeya @ Brick & Glass, Sg Buloh

Sabtu lepas kami ke Brick & Glass yang terletak di Kg Kubu Gajah, Sg Buloh. 

Dapat undangan dari bekas rakan sekerja Walid, Aunty Faz ke kenduri aqiqah dan kesyukuran utk Baby Afeeya. The only bunga (so far) di kalangan adik beradiknya. Masa Aunty Faz ni kahwin dulu kami turut bersama meraikan hari bahagianya. Sekarang dah 3 orang cahaya mata alhamdulillah. 

Sedap kan nama penuh Baby Afeeya ni...

Lawa ye venue majlis kenduri ni...

Sesuai sangat untuk buat private event. Ada beberapa pakej yang ditawarkan. 

Bahagian dalam berhawa dingin. 

Lauk ayam goreng, kari daging, nenas masak lemak, ikan masin dan sambal belacan. Ulam² pun pelbagai jenis. Teh Tarik ½ gelas cukuplah kan .. ikutkan Public Health Malaysia kata dah umur 40-an seeloknya elakkan minum Teh Tarik 🫣

Kuih muih tradisional yang comel² dan semestinya sedap. Ada juga cendol dan bihun sup. 

Nice plating 🫰🏻
Rajin dia susun daging setempat, tokua setempat, bawang goreng setempat... 2 jenis sambal; sambal merah (Utara style) dan sambal kicap. 

Cendol tak sempat bergambar, Walid dah ngap dulu 😁 
Tapi cendol tu sedap. Ada kacang merah, jagung lengkap semuanya bukan sekadar cendol semata.

Alhamdulillah majlis yang sangat indah. Terserempak juga dengan beberapa orang geng ofis lama Walid; Kak Pah, Aizul & Hana bersama keluarga masing². Semua pun dah bertukar angin, dah tinggalkan ofis lama ni. 

Semua tetamu dijemput dengan buggy sebab tempat parkir dan tempat majlis di lokasi berasingan. Masa nak balik pun sama, dihantar semula ke tempat parkir dgn buggy. Kalau jalan kaki tak jauh mana pun tapi organizer bagi extra special treatment 👍🏻

Dapat bunga telur, selain coklat dari tuan rumah. 

Terima kasih banyak Faz. Semoga keluarga kecil Faz sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah SWT 💜 
 
Bolehlah intai² socmed depa kalau nak buat event di sini. Service memang superb nampaknya. Makanan pun semuanya enak belaka. 



22 comments:

  1. cantik tmptnya siap ada pool...tmpt utk baby pn cantik dgn bunga2 pepel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat...rasanya ni setting utk majlis nikah/kawin juga kot

      Delete
  2. Dah tak ramai yang buat goodies bunga telur sekarang.... Limited edition

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, bila dapat bunga telur auto rasa suka sangatttt sbb rare skrg ni kan

      Delete
  3. grand betul aqiqahnya! afeeya tu sama nama mcm my lil niece (anak kpd my adik lelaki)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...rezeki tu ...
    bila nak siap bunga telur kita nie.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Cantik venue, hidangan menarik dan sedap-sedap, tetamu dilayan dengan baik. Naik buggy lagi tu. Dapat pula bunga telur yang cantik. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Cantik dan sweet dekorasi majlis, bunga putih dan purple yang lembut warna.

    ReplyDelete
  7. Kawan sekolah pernah buat kenduri kawin anaknya di sini, tapi kami tak dapat pergi. Cantik tempat nya.

    ReplyDelete
  8. Cantik la pulak lokasinya ni PH.

    ReplyDelete
  9. Wowww.... cantik².
    Sekarang banyak event place style gitu ya.

    ReplyDelete
  10. mmg cantik dan selesa tempat ni... mknn pun sedap² je

    ReplyDelete
  11. Cantik betul pelamin tu kan...sesuai la untuk baby girl...besar dan meriah majlisnya...makanan pun nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Indahnya coretan akak…😍 Terima kasih kak & abg hazel datang memeriahkan majlis aqiqah baby girl saya…maaf untuk segala kekurangan dan kelemahan semasa majlis berlangsung…

    ReplyDelete
  13. pelamin punnnn cantikkkk sgttttt

    ReplyDelete
  14. Memang cocok utk acara yg tidak banyak mengundang tamu ya kak. Nampak bagus, service pun oke 👍👍. Saya juga suka cara plating aneka makanan dan kue2 😍😍

    ReplyDelete
  15. Wahhh majlis aqiqah macam majlis kahwin ..siap ada pelamin tu ..lawaaa ..

    ReplyDelete