Wednesday 26 July 2023

Kakak & BoJa Pt 1

BoJa = bola jaring 😁
Generasi sekarang, semua perkara nak disingkatkan :) 

Minat Kakak pada BoJa ni sedari belajar di Pasti lagi... Dulu wakil Pasti, sekarang wakil sekolah ke MSSD Gombak. Untuk pemilihan ke MSSD pun, dia hanya fokus untuk dipilih masuk team BoJa saja. Syukur sebelum ni pernah jadi wakil rumah biru, cikgu dah nampak bakat dia. Dan dia berjaya buktikan kemampuan dia dalam pemilihan kali ni, walaupun the only one murid T4 yang terpilih, dia tetap bersemangat :) 

Sebagai persediaan ke MSSD, cikgu aturkan beberapa perlawanan persahabatan. 

15/7 | Sabtu 
Liga Bola Jaring Hexagon 2023 @ SEGRA

Hexagon sebab pertandingan melibatkan 5 pasukan (5 Penjuru). Liga ni dihoskan oleh SK Gombak Utara (SEGRA). Team lain termasuk SK Gombak 1, SK Gombak 2, SK Sg Pusu selain team tuan rumah. 

Warmed up dan dengar amanat Cg Ma dulu...

First game. 
Kakak sub masa ni... Games selepas tu adalah dia main... Kejap WA, kejap C... 

Keputusannya dapat tempat ke-4...
Alhamdulillah pendedahan dan pengalaman berharga untuk semua.

Bila sesekali masuk ke SK ni, nampak ketaralah perbezaan dari segi keluasan sekolah, fasiliti, landskap dsbnya... Malah, hari Sabtu pun ada tukang cuci bekerja. Bezalah dengan SRAI. Takpe, rezeki masing-masing, pilihan masing-masing ✌️

17/7 | Isnin
Perlawanan Persahabatan di SK Taman Selasih 

Perlawanan hari sekolah, tak dapatlah Ummi ikut. 

Jemputan dari GB SK Taman Selasih...

Ada 4 team dijemput...

Kali ni dapat no 2... alhamdulillah ada improvement 👍

Takde medal kali ni, tapi cikgu bawa gi Tealive... Masing-masing beli, masing-masing bayar haha... Bangkrap cikgu nak belanja semua :D 

Kakak ni memang mewarisi Ummi sangat, bab aktif bersukan dan berprogram.di sekolah. Kalau boleh semua acara nak masuk :)

Apapun team BoJa ni untung, sempat join friendly matches sebelum MSSD, berbanding team BoBa (bola baling) Angah. 


5 comments:

  1. Go.. go kakak.. bagus kalau active sukan..
    Selamat maju jaya untuk kakak dalam apa jua acara dan bidang yang diceburi..

    ReplyDelete
  2. baguslah kakak minat boja... kalau iman, main petanque je tu pun setakat main je... mmg menurut maknya sejenis yg x suka bersukan... haha

    ReplyDelete
  3. Semoga terus bersemangat kakak..tertanya jugak tengok ayat Boja...rupanya Bola Jaring

    ReplyDelete
  4. BoJa....1st time dgr. ha ha ha..mcm2 kan..
    wah..all the best kakak!!! bagus bersukan ni

    ReplyDelete