Wednesday, 16 August 2023

Taman Agro Teknologi MARDI, Cameron Highlands

Jom la Ummi sambung cerita Cuti-Cuti Cameron Highlands raya puasa hari tu. Mana tahu, ada yang merancang nak ke CH cuti sekolah hujung bulan ni, boleh cari² dulu info dari perkongsian Ummi ni.  

Dari AyahMan Strawberry kami ke Taman Agro Teknologi MARDI pula. 

Waktu operasi: 8 pagi - 5 ptg. 

Bagi Ummi, tempat ni sangat sesuai untuk seisi keluarga. Hatta, warga emas juga sesuai berkunjung ke sini. Serba-serbi ada dalam ni; kebun strawberry, kebun sayur, petting zoo, nursery pokok, taman bunga, kebun teh (untuk penyelidikan MARDI mungkin) dsbnya. Kecuali kebun teh, bentuk muka bumi di sini landai, kalau bawa elderly parents pun tak payah nak naik bukit nak tengok strawberry dsbnya.  Kawasannya pun sangat luas, tak terasa sesak walaupun ramai pengunjung. Means tak tertumpu pada satu² area saja. Nak OOTD pun banyak port ye :

 Then, banyak kerusi/bangku untuk bersantai menikmati keindahan bunga² CH yang indah menawan sambil tengok anak² berlarian di taman. Jangan risau, kenderaan semua kena parkir di luar. Jadi anak² bebas nak berlari (of course parents kena pantau). Warga emas yang nak berehat sementara tunggu anak cucu habis berjalan pun takde masalah :D Jangan lupa bawa air kosong ye! #kekalsihat 

Masa family day office Ummi dulu, tahun 2005-2006 kot kami datang ke sini juga. Cuma tak ingat masa tu ada entrance fee atau tidak. 

Harga tiket semasa πŸ‘†
Lepas kaunter tiket ni ada jurufoto, terpulang nak berfoto atau tidak. Dulu² excited bila orang offer ambil gambar, nerd tak tau pulak lepas tu kena beli untuk dapatkan foto tu haha... 

Mula² kami berjalan² di taman bunga dulu...

Adik tak tinggal payung strawberry yang dibeli di Kea Farm...

Jatuh hati betul dengan bunga-bunga di CH ni. Dalam hati selalu terfikir, untungnya sesiapa yang dapat tinggal di CH ni :) Segar mata hari² tengok bunga warna-warni dan sayur-sayuran hijau. 
Kemudian, masuk kebun sayur. Kebun sayur ni bersih ye, bukan tipikal kebun sayur yang bau baja semua tu πŸ˜… Lagipun ini tempat tumpuan, pastinya segala aspek diambilkira oleh pihak MARDI untuk keselesaan pelawat. Cuma, pokok² strawberry tinggal bunga dan putik, mungkin dah dipetik buahnya. 

Gerammm tengok tomato hijau² gini...buat ulam mentah sedap ni. Anggur tu pun nampak segar bugar. 

Ini pula yang ranum...pekerja² MARDI yang tengah sorting tomato tu siap offer dan bagi plastik untuk kami ambil secara percuma. Katanya kalau tak diambil nanti dibuang aje. Sebab buah begini jika dipasarkan nanti dah lemau/lembik bila tiba di destinasi. Ummi ambil jugalah dalam 10 biji sebab dah beli di Kea Farm sebelum ni. Nak ambil banyak pun, tomato bukan jenis tahan lamakan...

Ini pula kami masuk ke nursery pokok. Macam-macam pokok hiasan, pokok herba dan pokok ubat-ubatan ada di sini. Harga pun rahmah je :p

Cantik dalam ni... 

Lepas tu Ummi dah malas nak jalan haha...


Ummi lepak dengan Abang bawah pokok pine meanwhile Walid teman anak³ lain ke sebelah hujung sana pula...

Depa siap bagi rabbits makan lagi...

Lepas tu pakat lumba lari pula siapa sampai dulu ke tempat Ummi πŸ˜…

Bangunan cantik tu office MARDI rasanya. Petting zoo dengan kebun teh tu sebelah hujung sana. 

Rugi kalau tak singgah sini tau! 






7 comments:

  1. so true..masa MA gi CH dulu ..long long time ago, pun terfikir ..bestnya la hai siapa yg keja & duduk kat CH ni kan.. hari2 leh tgk bunga2 yg cantik & cuaca pun...sejukkk je...

    ReplyDelete
  2. Pernah ke sini beberapa kali, zaman muda dulu πŸ˜„. Masa tu belum ada jurufoto selepas kaunter tiket.

    Bagus pekerja offer tomato tu, kurang-kurang dah berusaha selamatkan daripada terus dibuang.

    ReplyDelete
  3. Saya pula pergi lepas buka kejap sekatan PKP September 2020 jadi banyak yang tiada macam petting zoo. Ada tempat macam terbiar.
    Baguslah semakin diperbaiki.

    ReplyDelete
  4. bestnya... byk tempat yg menarik kalau naik ke CH rupanya.. dah la dpt mkn best² jugak

    ReplyDelete
  5. Kea Farm tu macam spot terbaik ambik gambar.

    ReplyDelete
  6. selalu pegi ch tp tmpt Mardi ni tak penah lg.
    sukaaanya tgk tomato tu geramm pula

    ReplyDelete
  7. SA plan nak pi CH lepas majlis nanti..maybe Isnin atau selasa tu...honeymoon yg bukan official..hahaha...saja nak merehatkan diri...

    ReplyDelete