Takde rezeki kami turut sama meraikan hari bahagia Abg Aqim kerana tarikhnya bertembung dengan KAMIL Negeri yang disertai oleh Angah dan Kakak. Memandangkan keduanya terpaksa melepaskan peluang untuk sertai KAMIL Zon tempohari, bila diberi peluang untuk sertai KAMIL Negeri (melalui audition, of course) dalam acara choral speaking sayang pula untuk lepaskan peluang sebegini. Sementelah ini peringkat negeri, bukan senang nak dapat peluang. Sebenarnya ada beberapa acara KAMIL yang dipertandingkan terus di peringkat negeri iaitu choral speaking, robotics, pidato dan kuiz.
Pukul 5.30 pg dah kena berkumpul di sekolah. Kena pakai uniform biasa; baju putih, seluar/kain biru gelap ni. Kakak pinjam baju Amna. Angah pula baju sendiri tapi seluar tu seluar Abang, pemberian mantan MB bagi masa darjah 3 dulu. Seluar saiz 28" Abang tak muat time tu. Simpan untuk Angah, darjah 6 ni baru boleh pakai. Itupun kena letak pin, masih besar dengan dia!
Berkumpul dulu di surau. Usai solat Subuh terus bertolak ke SRA Sijangkang. Jauh perjalanan, kira-kira 2 jam.
Pukul 9 lebih depa sampai...
Sampai ngam² depa nak perform...
Alhamdulillah, they did well. Tr pun cakap, puashati dengan persembahan mereka. Sangat bagus berbanding hari² latihan.
Selesai persembahan Angah dan Kakak, Ummi merayau kejap. Ramainya ummat...
Sepanjang koridor tu penuh dengan peserta, guru², mak ayah, adik beradik, atuk nenek... Sesak! Sebab penyertaan merangkumi pra-sekolah, SRAI, KAFAI dsbnya. Semua sekolah agama negeri (SAN) bawah kelolaan JAIS. Bertambah meriah adanya gerai-gerai jualan pelbagai produk seperti makanan dan minuman. Duit poket sekolah bagi sorang RM10 memang tak berbakilah ๐
Tak tahan dengan kesesakan di situ, kami keluar berjalan² tengok tempat orang dulu. Ini kali pertama kami sampai di Sijangkang ni. Anakanda berdua tu tak nak balik lagi, jadi kami tinggalkan dulu.
Simple lunch di warung kecil depan Masjid Jamiul Ehsan, Sijangkang. Sedap sungguh lauknya, teringat² haha ... Sambal tu pedas berapi tapi itu yang tambat selera.
Lepak sinilah kami sementara nak tunggu solat Zuhur.
Bawa anak dara bertiga ni solat dan qadha hajat di masjid ni juga. Bekalan air di SRA Sijangkang dah kehabisan dek tinggi sangat penggunaannya. Cikgu² pun khabarnya terpaksa order Grab untuk cari air di kawasan berdekatan :(
Akhirnya keputusan diumumkan...
~ Bercerita Bahasa Inggeris Tahap 2 (L) - Johan!
~ Melukis Poster Tahap 2 (P) - Tempat ke-3
Manakala choral speaking dan acara² lain yang disertai oleh sekolah depa semuanya belum rezeki untuk menang. Mungkin tahun² akan datang Insha Allah ๐คฒ Apapun semua dah buat yang terbaik; anak² dan guru² semua. Tahniah!
Alhamdulillah selesai Bab KAMIL ni.
Bolehlah fokus belajar pula. Kalau tak asyik ponteng kelas je. Bulan Ogos ni ada periksa, risau Ummi :(
Tak pernah tak risaulah jadi mak ni huhu...
Alhamdulillah! Tahniah anak-anak ๐๐ฝ
ReplyDeleteBagus pihak sekolah siap beri duit poket RM10 ๐๐ฝ
Terima kasih puan :)
DeleteAlhamdulillah, biasanya kalau mewakili sekolah, cikgu bagi duit poket..
Bagus inisiatif pihak sekolah bagi RM10 seorang...congratulation kids...
ReplyDeleteTq SA :)
DeleteAlhamdulillah, tahniah buat anak2 PH ๐
ReplyDeleteTq sis :)
DeleteTahniah angah dan kakak ๐.
ReplyDeleteTak menang pun tak pe. Yang penting penglibatan diorg dalam program camni boleh build diorg punya confident level kan PH.
Ye betul... selain tu dapat pengalaman yg berharga & pendedahan yg berguna :)
DeleteTahniah semua anak-anak hebat...
ReplyDeletep/s PH..harap dapat hubungi saya
namakucella@gmail.com
Tq Mak Cella.
DeleteDone email :)
Tahniah anak anak umi!
ReplyDeleteTq SR :)
Deletealhamdulillah
ReplyDeletetahniahhh
budak2 transit jgaan ciknur pun ada join jga. SRAi
Wah, SRAI mana tu Ciknur?
DeleteAnak2 PH team Gombak 2 hari tu...
alhamdulillah..wahh..congrats!!! dah masuk tu dah pun syukur & seronoj sgt for kids..menang tu bonus la kan. plus menang kalah adat bertanding.. and so proud of them, berani naik pentas & perform depan org ramai semua... itu pun dah wow!!! congrats!!!
ReplyDeleteDapat juga pergi tempat baru. Ramai betul yang hadir.
ReplyDelete