Monday 29 November 2021

Bila takde selera...

3-4 hari sudah tak berapa selera nak makan. Ummi dengan anak3 kena simptom food poisoning. Satu malam tu Kakak dan Adik bergilir-gilir bangun tengah-tengah malam muntah. Lepas depa, Ummi pula kena cirit-birit. Kelmarin pula Angah, complete both muntah and cirit. Sebelum kami, Walid dulu sebenarnya kena diarrhea. 

Sebab tak sihat, Ummi tak masak. Bila beli je makanan dari luar, tak sedap juga makannya. Selera kurangkan...

Malam tadi rasa dah ok. Teringin nak makan nasi....

Ummi buat nasi goreng kampung lepas tu goreng ikan masin bulu ayam tu.... Bayam Brazil depan rumah jadi sayurnya, ganti kangkung. Menambah-nambah nasi jadinya, penangan ikan masin tu :D

Hari ni pun masak lauk sardin & telur masin. Angah dengan Kakak makan menambah nasi berkali-kali. Lauk simple gini je sebenarnya membuka selera kan? 

Air limau nipis ni pula menghilangkan loyal. Mulut masih 'payau' jadi tekak teringin yang masam-masam. Sedap air jenama Munif Hijjaz ni. 

8 comments:

  1. Semoga PH sekeluarga dah sembuh elok, bagus minum 100plus, tambah tenaga.

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh semuanya. Nasi goreng dengan ikan masin bulu ayam tuh nampak menggoda

    ReplyDelete
  3. Allah, saya pun baru kena cirit-birit dan muntah minggu lepas. Lama juga kena.
    Sekarang makan sedikit sahaja. Perut masih sebu. Alhamdulillah lain sudah ok.
    Harap PH sekeluarga sembuh betul-betul nanti.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, moga PH sekeluarga cepat sembuh sepenuhnya, Aameen YRA.

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh ye PH...
    betul tu bila tekak payau rasa x sedap, mmg nk cr yg masam2 je kan

    ReplyDelete
  6. Semoga dikurniakan kesembuhan...Bila tekak payau memang rasa serba tak sedap nak makan

    ReplyDelete
  7. Semoga beransur pulih. Tak suka bila kena kerap visit Mr. Tan ni..

    ReplyDelete
  8. Benda yang paling x suka ni la dia...

    ReplyDelete