Saturday 7 August 2021

Pengalaman Melaksanakan Ibadah Qurban bersama Ustazah Asma' Harun (NGO Sahabat Amal Care)

Awalnya tak berhajat untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ni tapi di akhir Zulqaedah baru terbuka hati Ummi untuk menunaikan ibadah qurban ni. Asbabnya, dengar ceramah Ustazah Asma' Harun di FB Page Bonda Nor. 

Satu ayat Ustazah yang membuka hati Ummi untuk melaksanakan ibadah qurban ni bila Ustazah sebut "tahun depan belum tentu..." Walaupun tak berapa pasti apa maksud Ustazah sebab Ummi tak fokus pada ceramahnya (sambil buat kerja lain, sambil dengar ceramah sebenarnya) tapi ayat tersebut menusuk ke hati. Terus terbuka hati Ummi untuk melakukannya. Tuntutan melaksanakan ibadah qurban ni hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat digalakkan). 

Alhamdulillah slot masih ada. Dengan peruntukan yang ada, Ummi masuk slot qurban di luar negara. Sebelum ni Walid tanya, nak join tak qurban anjuran Ustaz Syed (imam surau) di India, Ummi cakap tak nak, prefer buat dalam negara. Tapi, melalui Ustazah Asma', Allah buka pintu hati Ummi untuk berkongsi rezeki dengan saudara seagama di bumi Afrika. 

Credit: SAC

Berdasarkan pengalaman Ummi, pengurusan qurban yang dianjurkan oleh Ustazah bersama NGO naungannya, Sahabat Amal Care (SAC) sangat professional, reliable and trusted. Komunikasi antara peserta qurban dan pihak SAC juga jelas dan cekap. Team SAC sentiasa memberikan update kepada peserta sebelum, semasa dan selepas ibadah qurban dilaksanakan. 

Sijil penyertaan dihantar melalui courier demi memastikan ianya sampai ke tangan peserta. 

Sambutan terhadap ibadah qurban yang dianjurkan oleh SAC ni مساء الله sangat hebat. Beratus-ratus ekor lembu/kambing qurban dan aqiqah ditumbangkan untuk qurban dalam dan luar negara. Asalnya Ummi dengar masa ceramah, Ustazah mohon penyertaan untuk 100 ekor lembu bagi qurban di Afrika. Tapi, bila Ummi scroll nama Ummi, pada lembu ke-190+ baru jumpa! Rupanya 200 ekor lembu/kambing qurban disumbangkan untuk saudara kita di benua Afrika. Selain Afrika, ada juga slot untuk qurban di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Kemboja.

Lembu qurban Ummi untuk saudara seagama di Tanzania. 

Bila sebut pasal Tanzania ni, Ummi pernah berurusan dengan seorang Muslim dari Tanzania. Menjemput beliau sebagai speaker ke persidangan yang syarikat tempat kerja Ummi anjurkan. Baik orangnya. Jernih je muka. Muda lagi. Moga beliau mampu memberi sumbangan besar kepada negaranya, khususnya dalam bidang kewangan Islam. 

Berkaitan dengan melaksanakan ibadah qurban di luar negara ni, Ummi suka kongsikan pandangan Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dalam siaran Tanyalah Ustaz di pagi Aidil Adha tempohari. Bila ada orang persoalkan dalam negara pun ramai orang susah... Kata Ustaz, tak salah kita buat qurban di luar negara sebab qurban ni ada batas waktunya iaitu 10-13 Zulhijjah saja (4 hari). Jadi, baki 360 hari lagi kita tak tolong jiran ke? Tak tolong orang susah ke? Kena sebijik 😅 

Walaubagaimanapun, qurban dalam negara ni sebenarnya lebih seronok sebab dapat hidupkan semangat kerjasama, gotong-royong, eratkan silaturrahim dsbnya. Kata DUKE, beliau pun rindu dengan suasana hari raya qurban sebelum Covid :( Lagi satu kenapa ramai memilih qurban di luar negara, kata DUKE harga qurban dalam negara sangat mahal, diluar kemampuan kebanyakan orang. Ustaz usulkan agar kita perbanyakkan ladang ternakan supaya supply jadi banyak, tak perlu bergantung kepada haiwan import. Bila import, macam-macam cukai/duti perlu dibayar, jadi kosnya besar. Setuju sangat dengan pandangan DUKE ni. 

Alhamdulillah, Ustazah Asma' dah buat dah... 

Bekalan haiwan qurban dalam negara diambil dari Ladang Ternak Ummah ni. Kata Ustazah, pihaknya monitor perkembangan haiwan-haiwan ni sedari awal. Hanya yang betul2 sihat dan cukup umur dipilih untuk ibadah qurban. Untuk qurban dalam negara ni ada 3 saiz lembu (jumbo, large, medium) ditawarkan. Setiap satunya berlainan harga. 

Satu pengalaman baru dan bermakna untuk Ummi. 

2-3 hari lagi dah masuk tahun baru hijrah, jom buka tabung untuk qurban tahun depan 🤗 




1 comment:

  1. Ada 2-3 tahun lepas buat di luar negara.
    Terima kasih beri kesedaran.

    ReplyDelete