Thursday 11 March 2021

Webinar ~ Rezeki yang Halal Itu Berkat

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh-Nya untuk Ummi joined Webinar yang dianjurkan oleh MAIS. Anak3 dah ke sekolah jadi lapanglah jadual Ummi pagi tu. 

Katanya mula pukul 9 tapi hampir pukul 10 baru mula. Biasalah ada yang line Internet tak stabil, ada yang tak biasa dengan Zoom dsbnya. Yang penting semuanya bersemangat untuk menadah ilmu. Penceramah pun bukan calang-calang; Dr Zaharuddin (UZAR) dan SS Timb. Mufti Selangor.

Perkongsian lebih kepada sumber harta haram dan cara penyuciannya. Ummi hanya sempat ikuti sesi pertama saja sebab lost connection. Then awal tadi dah delay jadi masa kita pun dragged. Nak masuk dapur dsbnya... Takpelah, at least I got something instead of nothing. 

Antara input yang Ummi sempat salin dari UZAR...

Sumber Harta Haram
1. Riba
2. Makan harta anak yatim


3. Kerja haram, pendorongnya dan orang tengah
4. Rasuah
5. Curi dan rompak
6. Ghulul - mengambil harta rampasan perang (ghanimah) sebelum dibahagikan 
7. Harta hasil tipu - cth tipu timbangan
8. Jual barang haram - antaranya saham tidak patuh Syariah
9. Harta halal yang tidak dizakatkan 

Masuk slot kedua, Ummi cuma sempat dengar pembuka bicara SS Dato sahaja.

Ummi teringat dulu, arwah Tok Nik menggunakan wang faedah (tidak pasti dapat dari mana, I was too young too understand) untuk bina titi bagi kegunaan orang kampung pergi balik ke sawah/kebun getah. Ini salah satu cara menyucikan harta yang diperoleh dari sumber haram. Tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi sebaliknya digunakan untuk manfaat umum. والله اعلم

Cuma, Ummi difahamkan pihak Baitulmal  MAIS sedia membantu sekiranya ada yang musykil akan hal ini. Semoga bermanfaat.


2 comments: