Thursday 28 January 2021

Balik Kampung Hujung Tahun 2020

Dari Kuala Kangsar kami meneruskan perjalanan ke Baling. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dengan melalui Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.
Berhenti sekejap meninjau Resort Tasik Raban. Ada rezeki nak menginap di sini kata Walid... 


Jambatan Raja Muda Nazrin dari arah Resort Tasik Raban. Sebelum adanya jalan bypass ni, kita akan melalui jalan berliku-liku berhampiran Tasik Raban. Cuak betul Ummi kalau lalu jalan tu dulu. Tapi pemandangannya cantik. 

Ada 2 misi utama kami balik ke Baling sebenarnya. Satunya Ummi nak uruskan tuntutan khairat kematian Tok dan yang keduanya Ummi nak sampaikan amanah arwah; sedekahkan kain batik kpd beberapa orang saudara-mara di kampung iaitu Maklang Di dan Tokcik. Mereka ni rapat dengan Tok dan bila Tok jatuh sakit depa rajin telefon Ummi mahupun Tok sendiri untuk bertanya khabar. Terharu sangat Ummi dengan keprihatinan depa. 

Sebelum tu, singgah dulu di rumah Makngah untuk makan tengahari. Awal-awal lagi Makngah dah jemput. 

Airtangan Makngah tak pernah tak sedap 😋

Barangan peribadi Tok untuk Makngah dan anak-anak... 

Baju-baju Tok ni Makngah muat rasanya. Jika tidak pun, simpanlah untuk kenangan. 

Rumah pusaka yang katanya sedang dibaik pulih... 

Besar harapan Ummi kami dapat berkumpul semula di rumah pusaka ni. Moga Allah kabulkan doa Ummi yang satu ni. أمين 

3 comments:

  1. Harap dapat berkumpul suatu hari nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat tunaikan segala urusan. Rindu kan nak berkumpul ramai ramai. Semoga kita dapat berkumpul dengan keluarga nanti. Aaminn

    ReplyDelete
  3. Harap2 raya tahun ni dah takde kobit
    Bolehlah kumpul ramai2 kat kampung.

    ReplyDelete