Monday 24 February 2020

Pengalaman Joined Kelas Roti Hands Off



Dua minggu lepas, Ummi joined satu kelas membuat roti. Semangat berkobar-kobar nak belajar. Siap berangan lepas ni bolehlah buat roti homemade, mesti anak-anak suka. Kalau rajin, boleh buat side income. Itu niat dan impian Ummi joined kelas roti ni.

Pada hari kejadian... Setiap dari kami diminta mendaftar ikut group masing-masing. Ummi regi thru Pn A. Pn A ni pula cikgunya Cg B. Jadi, kenalah cari kaunter regi cikgu masing-masing. Bila dah divide kumpulan begini, semakin yakinlah Ummi nanti mesti boleh uli tepung sama-sama dgn tunjuk ajar cikgu masing-masing. Pandangan yang sama juga dikongsi oleh rakan-rakan peserta yang lain.


Masa isi form ni tak perasan lagi, ini kelas demo sahaja. Masih bersangka bahawa demo dlm group masing-masing. Nampak pula banyak bilik darjah yang dibuka, urusetia juga sibuk mengangkat segala peralatan seperti oven, mixer dsbnya. Yang paling menarik perhatian pastinya peralatan yang akan digunakan ialah Noxxa HP Cooker. Wah, senanglah Ummi nak 'meroti' kengkononnya...

Kami semua diminta masuk ke dalam dewan. Barulah tersedar dari lamunan bila emcee maklumkan takde penyertaan dari peserta, takde sesi uli tepung dsbnya. Hanya demo semata. Frust le juga :( sebab Ummi datang nak belajar from A to Z tapi bukan ini kelasnya. Untuk kelas sebegitu, yuran biasanya seratus ringgit lebih kata Cikgu Roti C. Tapi ada juga yang murah dan genuine seperti anjuran kumpulan wanita, agensi kerajaan dan NGO. Kena rajin cari info. Kak Shima, salah seorang peserta hanya bayar RM10 ke RM20 untuk kelas anjuran persatuan wanita tempat tinggalnya.

Jadi, sesi pun bermula dengan demo dari 'Cikgu Roti'. Setiap resepi pun bukanlah ditunjukkan dari awal hingga akhir. Skip sana, skip sini. Uli tepung pun guna breadmaker. Ada jugalah dijemput seorang peserta untuk menguli doh dengan tangan. Ada demo guna mixer, cara piping inti bamboloni, hias bun 5 musim, rounding and weighing doh tapi tidaklah detail sangat. Untung juga Ummi duduk depan, nampak jelas berbanding mereka di belakang. Katanya peserta lebih 100 orang that day. Kaum Adam pun ada juga, +-10 orang. Di samping demo, diselitkan juga tips meroti. Dapat juga ilmu.


Ada moderator, ada demonstrator 

Sesi demo ni habis sekitar jam 10.30 pagi. Ingatkan dah setel rupanya ada sharing session dengan 'Cikgu Roti'. Bila masuk bab ni, Ummi dah dapat hidu tujuan kelas ni. Kelas ini hanya pengenalan untuk kita join a bigger program. Matlamatnya untuk mencari prospek. Bak kata seorang trainer, kita tak jual produk, kita jual program. OK, betul sangkaan Ummi. Tambahan pula ada seorang Cikgu Roti cakap, "Dulu masa mula2 joined, sifu saya suruh ajak kawan. Saya bawa sorang kawan, dapat 50 ringgit!". Patutlah sepanjang demo, peserta asyik diminta bertepuk tangan. Macam program motivasi pula 😅 Sesiapa pernah join kelas MLM atau kursus keusahawanan mungkin boleh relate.

Adalah satu pakej program yang ditawarkan pada hari tersebut. Dengan bayaran tertentu, peserta akan diajar membuat roti, kek dan masakan hingga pandai, diajar online marketing dll. Maknanya akan diberi bimbingan oleh pihak penganjur hingga berjaya. Sesiapa yang berminat boleh ambil borang dan bayar deposit minima RM30. Nanti Cikgu Roti kita (ikut group awal tadi) akan contact kita untuk process seterusnya.

Sebelum balik, dapatlah juga merasa roti/bun. Tapi bukan air tangan sendiri, air tangan trainers/cikgu roti. Depa ni pun ada level masing-masing. Yang baju ala chef warna putih newcomer, yang baju hitam demonstrator dan yang baju merah Cikgu Roti. Leaderlah kot pangkat depa ni. Income Cikgu Roti ni katanya belasan ribu. Siapa berminat boleh cuba. 

Anak-anak berebut bun ni. Depa ingat Ummi yang buat :D


Inilah pengalaman Ummi. Walaupun kelas ni tersasar dari tekaan Ummi, tidaklah Ummi pulang tangan kosong. Ada, sedikit sebanyak ilmu dan tips yang Ummi kutip. Antaranya Bread Maker Noxxa tu multi function; boleh uli doh, boleh jadi oven juga 😜

Apa lagi Ummi, startlah menabung.

9 comments:

  1. best nya join kelas macam ni. tapi kak lagi suka join kelas yg melibatkan komputer sebab minat kan. hehe

    ReplyDelete
  2. ada udang sebalik mee ni hahah.. ingt baru nak tempah roti dengan akk heheheh

    ReplyDelete
  3. Ada bread maker noxxa lagi la rajin meroti 👍

    ReplyDelete
  4. Your Affiliate Money Making Machine is ready -

    Plus, making profit with it is as easy as 1---2---3!

    Here is how it all works...

    STEP 1. Tell the system which affiliate products you intend to promote
    STEP 2. Add PUSH button traffic (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the affiliate system grow your list and sell your affiliate products all by itself!

    Do you want to start making profits?

    Click here to activate the system

    ReplyDelete
  5. seronok dpt join kelas roti camni

    ReplyDelete
  6. byk je kelas roti gini, PH.
    sebab nak jual bm tu. dan byk lagi item lain.
    kerap diorang dtg ofis, buat demo dgn persatuan wanita.

    aida 2 kali join kelas roti, beratus. tu memang kita pegang doh la. dari A ke Z. tu pasal asben sponsor mixer besar.
    kena pegang doh tu, buat on the spot, then only kita boleh ok.
    meskipun guna bm tu, tak betul skill, roti tak jadik gebu, PH.

    now, aida ok la bab uli doh roti ni. tak pernah la tak jadi roti aida. makan2 sefamili ajer.

    ReplyDelete