Saturday, 15 February 2020

Bilik 808, Wad Raihan, Pusrawi



Inilah bilik VIP yang Ummi stay time warded di Pusrawi bulan lepas. Ummi pun tak sure apa yang special bilik ni sebab bilik single lain pun lebih kurang begini juga. Ada TV, ada sofa bed, almari baju, private bathroom dll. Yang terkini sekarang ada smart locker; touch IC kita untuk lock/unlock the locker. Lagi satu nak adjust katil naik/turun or nak tegak/baring just guna remote. Yang ni Ummi suka. Dulu, kena pulas handler di katil.


Channel TV best juga. Ada Fox Movies, dapat juga Ummi tonton Avengers: Endgame. 

Sejadah & telekung disediakan 



Alhamdulillah sepanjang Ummi admitted to Pusrawi, hanya sekali terpaksa berkongsi bilik, 4-bedded room. Serik! Nanti-nantilah kalau rajin Ummi cerita. Sekarang ni nak kenang dan kongsi yang indah-indah dan baik-baik aja :)


Ummi mula mengenali Hospital Pusrawi (Pusrawi) sekitar awal tahun 2008. Pelakon cantik, Lisdawati melahirkan bayi sulungnya di sini. Dari situlah Ummi mula kenal Pusrawi dan sentiasa memilih Pusrawi jika keadaan memerlukan. Keempat-empat permata hati pun lahir di sini. Jadi, banyaklah kenangan dan pengalaman berurusan di Pusrawi.

Setiap kali datang ke Pusrawi, rasa macam berkunjung ke hotel. Ada tangga besar di lobi menuju ke kaunter pendaftaran. Disambut pula dengan kakitangan yang sentiasa murah dengan senyuman persis layanan staff hotel. Lagi satu, aircond pun sejuk di segenap ruang. Sebijik macam hotel. Sebab tu bila lama tak datang ke sini, Ummi jadi rindu. Bunyi macam tak logik je kan... Haha...

Pernah Ummi cakap dengan Walid, dah lama kita tak pergi Pusrawi kan. Tup-tup lepas tu Walid batuk tak henti-henti sampai klinik refer ke hospital. Pusrawilah pilihan kami. Dua tiga kali jugalah kami berulang-alik ke Pusrawi untuk dapatkan rawatan. It was on 2018.

Baca sini: [Ke Pusrawi juga...

Bila dah masuk tahun 2020 ni rindu tu datang lagi haha... Seminggu dua sebelum Ummi jatuh sakit tu, dah terdetik dalam hati... Dah lama tak makan makanan hospital. Tapi kali ni tak bagitau Walid, takut kena marah πŸ˜… Pelik sikit Ummi ni, orang tak suka food hospital tapi Ummi suka.


Antara menu yang disediakan. Time ni dah ada selera makan. Habis licin Ummi makan 😊

Sarapan hari kedua. Nasi lemak dengan rendang adoi sedap!

Jaga kesihatan ye semua. Moga dijauhkan dari segala wabak penyakit. Syukur juga masa Ummi admitted Covid-19 (novel coronavirus) masih belum merebak. Kalau tak maybe Ummi kena undergo few tests kot untuk detect my illness. Cases Influenza A yang banyak masa tu. Ujian influenza turut diadakan ke atas Ummi. Sakit jugalah lubang hidung ni kena jolok dengan something like cotton buds tu. Alhamdulillah it tested negative. 
Take care ❤️


3 comments:

  1. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Allahumma ameen.

    ReplyDelete
  2. Your Affiliate Profit Machine is waiting -

    And getting it set up is as easy as 1-2-3!

    It's super easy how it works...

    STEP 1. Input into the system what affiliate products you want to push
    STEP 2. Add some push button traffic (it ONLY takes 2 minutes)
    STEP 3. Watch the affiliate products system explode your list and up-sell your affiliate products all on it's own!

    Are you ready???

    The solution is right here

    ReplyDelete