Monday, 13 January 2020

Restoran Asli Muaalaf, Pontian


Ingat lagi  tak cuti Deepavali tahun lepas kami ke Melakakan? 

Dari Melaka kami terus ke Pontian, ikut Walid ada tugasan luar daerah (outstation). Tiba di Pontian sekitar jam 2.30. Perut memang minta diisi. Jadi terus Walid bawa kami ke satu restoran terkenal di Pontian, Restoran Asli Muaalaf yang terkenal dengan lauk asam pedas.


Lauk pauk hanya dimasak bila ada order. Malah, ikan/seafood yang disediakan juga adalah segar dan pelanggan boleh pilih sendiri. Konsepnya seperti kedai ikan bakar. Bezanya restoran ini beroperasi pada waktu tengahari, dari pukul 11 pagi hingga pukul 3 ptg (lebih kurang).

Waktu tu Pontian sedang dalam mood by-election. Walaupun PRK di Tg Piai tapi jirannya Pontian turut mendapat tempias. Kebanyakan hotel, bank, ibu pejabat parti semuanya berpusat di Pontian. Masuk sahaja ke dalam restoran, kami lihat ada, team biru sedang memenuhi restoran. Dalam ramai-ramai tu ada juga satu meja team merah. Bila makin ramai team biru, maka team merah angkat kaki. 'Tidak lama kemudian, nampaklah 2 orang bekas menteri, orang kuat team biru masuk dan menjamu selera. Suasana' panas' ketika ini kerana hanya beberapa hari lagi adalah hari penamaan calon PRK Tg Piai.

Ummi serahkan kepada Walid untuk order makanan memandangkan Walid dah beberapa kali ke sini bersama rakan-rakan sekerjanya.

Total semua ni RM 88.00. 


Inilah hidangan makan tengahari kami; asam pedas ikan merah, telur dadar, sayur campur dan udang goreng tepung. Alhamdulillah berbaloi simpan perut dari Melaka sebab masakannya sangatlah sedap. Kenyang dan puas hati sangat.

Pilihan ikan/seafood yang ada...

Ini pula lala...

Restoran ini diusahakan oleh seorang saudara baru (muallaf) , bertepatan dengan namanya, Restoran Asli Muaalaf dengan sedikit  perbezaan pada ejaan muallaf. Restoran ni sentiasa menjadi tumpuan disebabkan keenakan masakannya terutamanya asam pedas, memang sedap.


Restoran Asli Muaalaf
No 21G Jalan Delima 1
Pusat Perdagangan Pontian
Pontian, Johor Darul Takzim


Bila perut dah kenyang, barulah suka hati :) baru seronok nak ke Taman Negara Tg Piai
[Baca sini: Tanjung Piai 2.0]

7 comments:

  1. asam podeh kepala ikan tu mengiurkan.. kali dpat kat husb sy kak habis licin tinggal tulang je. sy pulk tak reti mkan kepala ikan. huhuhu

    ReplyDelete
  2. mualaf tu restoran china muslim ke xamne kak?

    dh lama x balik pontian.. :p

    ReplyDelete
  3. Wahhhh.....ingatkan melaka je yang terkenal dengan asam pedas 🤤

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, jauh juga perjalanan untuk makan tengah hari tu. Dengan rasa sedap tu pasti berbaloi dengan harga yang dibayar. =)

    ReplyDelete
  5. Nampak mabeles kari kepala ikan tu alhamdulillah kalau sedap kita pun tak kisah sangat dengan harganya.

    ReplyDelete
  6. bbet99 adalah situs online indonesia yang menyediahkan permainan taruhan bola, casino, slots, togel dll . raihlah dengan bonus new member 150%
    BOLA ONLINE
    Agen Bola
    Taruhan Bola

    ReplyDelete
  7. ohooohoi banyak makanan..
    menarik la konsep dia. janji makanan sedap itu yg penting hehe

    ReplyDelete