Thursday 9 January 2020

Nostalgia Buah Keranji


Minggu lepas Ummi ke Pasar Pagi Greenwood, dibuka setiap pagi Ahad berhampiran bus stand Greenwood.
Teruja sungguh Ummi bila terjumpa seorang peniaga yang membawa hasil kampung yang 'rare' antaranya buah keranji, ubi keling dan kulit lembu. Sangka Ummi beliau orang sekampung dengan Ummi, rupanya beliau dari Pahang. Patutlah ikan patin sungai pun ada..

Buah keranji; besar dan kecil 

Ini pula ubi keling dan cendawan sisir, juga punya nostalgia tersendiri dalam hidup Ummi. 

Yang hujung dalam bekas biru tu kulit lembu yang sudah dibersihkan. Ummi belum pernah makan kulit lembu. Biasa orang masak apa ye kulit lembu? 


Buah keranji popular kerana disebut dalam pantun Melayu yang berbunyi seperti berikut tapi ramai yang tak kenal buah ni kan? 



Sorong papan tarik papan

Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tahu

Dah lama sangat Ummi tak jumpa buah ni. Sekali sekala balik ke Baling adalah juga ternampak di Pekan Ahad, pekan sehari di Baling. Tapi itulah, nak balik ke Baling tu dah jarang sangat sementelah Tok pun duduk dengan kami.

Buah keranji ni pernah jadi buah favourite Ummi sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Waktu tu buah-buahan hutan atau buah-buahan kampung sahaja yang mampu dijamah. Kebanyakannya dipetik di sekeliling kampung seperti jambu batu, jambu air, buah kerian, buah asam jawa, buah macang, semuanya jadi kudapan kami anak-anak kampung. Paling mewah bila tiba musim durian, rambutan, langsat, manggis... Berkampung atas pokoklah kami 'D

Buah keranji pula selalunya dibawa balik dari hutan belantara oleh arwah Pak Teh. Beliau gemar berburu di hutan. Selain daging rusa, kijang, kancil, landak hasil hutan seperti petai, buah keranji dsbnya juga dibawa balik. Setiap kali Pak Teh dan rakan-rakannya balik dari berburu kami akan berkumpul di rumahnya untuk sama-sama menikmati hasil hutan tersebut. Kebiasaannya sebahagian dari hasil tersebut akan dijual, selebihnya akan dijamu kepada orang kampung. Penduduk kampung akan bergotong-royong memasak di sebelah petang biasanya. Di sebelah malam, kami akan beramai-ramai bergerak ke rumah Pak Teh. Masing-masing memegang lampu suluh atau pelita minyak di tangan. Zaman tu kemudahan elektrik masih belum ada di kampung kami.

Seingat Ummi buah keranji dijual semurah 50 sen secupak. Dibungkus dalam surat khabar seperti kacang putih. Kami anak-anak akan berebut-rebut membeli buah keranji dan kemudian akan makan bersama-sama. 

Aduh, rindu Ummi pada kenangan zaman silam.

5 comments:

  1. Kulit kembu tu buat masak lemak. Haha taoi lama tak ada menu ni.
    Masa kecil je ada kulit atau otak lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Kalau otak lembu kita pernah makan. Sedap juga :)

      Delete
  2. hari tu gi kelantan nampak gak buah keranji ni...febret masa kecik2 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun kecik2 dulu suka, sekarang ni tak suka pula. Mungkin banyak pilihan lain kot, buah2 hutan bukan lagi jadi kesukaan :(

      Delete
  3. ni betul2 yang klasik.. ubi keling penah rasa.. tp xleh kena ngn tekak walaupun suka adik bradik ubi yg lain.

    keranji penah tngok makan x penah. hehe..

    ReplyDelete