Wednesday 18 September 2019

Jerebu...jerebu...jerebu


Sejak beberapa hari lepas kawasan Gombak ni dah berjerebu. Tapi Ummi tengok belum masuk carta lagi sebagai kawasan tidak sihat. Bila dikhabarkan kawasan Klang, Johan Setia serta Putrajaya dah mula tutup sekolah, Ummi terfikir macamanalah keadaan di sana ye? Di kawasan Gombak yang 'masih sihat' ini pun Ummi dah rasa sesak, serabut tak nampak matahari 2-3 hari dah... Rindu dengan langit yang membiru serta awan yang memutih tu... Selalu pagi-pagi nampak kapal terbang lalu, tapi sekarang dengar bunyi saja. Bila dongak ke langit, tak kelihatan langsung kapal terbangnya. Aish, tebal sungguh asapnya. 


Akhirnya hari ni, 18 Sept IPU di Gombak dah cecah 203. Ummi pun terlepas pandang, patutnya Ummi rujuk IPU Batu Muda sebab bacaan IPU Batu Muda lebih relevan dengan tempat tinggal kami. Kalau Ikut IPU Batu Muda memang dah tinggi 2-3 hari kebelakangan ni. Patutlah kelabu asap je sana sini :(

Gombak tak masuk carta lagi time ni. 

Time ni parents dah bising dah... Sekolah tutup ke tak 

Sekitar jam 10 pagi,  Cikgu Pasti maklumkan bahawa sekolah diarahkan tutup jadi ibu bapa diminta jemput anak masing-masing. Tak lama kemudian, pihak sekolah Abang & Angah pula berbuat demikian. Bergegaslah Ummi jemput anak-anak di sekolah semalam. Alhamdulillah hari ni Abang dah buat ujian lisan untuk subjek Al Quran UPKK. Selesai satu bab. Sukan PASTI yang sepatutnya berlangsung Ahad ni (22/9) pun ditangguhkan ke satu tarikh lain. Takpa sukan ni main je, tak perlu study. Anytime boleh on kihkih... 

Jam 2 petang semalam hujan lebat, meleret-leret hingga ke Asar. Alhamdulillah moga bersih sikit udaranya walaupun selepas hujan Ummi nampak keadaan di luar masih tidak berubah. Baru pukul 5 tapi nampak kelam seolah dah hampir Maghrib. Lindungilah kami semua dari segala bahaya Ya Allah! Entahlah, ada rasa getar di dada bila fikirkan ujian jerebu yang Allah turunkan ni. 

Nampaknya kerajaan Selangor dah isytiharkan cuti selama 2 hari bagi semua sekolah; kerajaan, swasta serta tadika/taska. Lega tapi risau juga sebab UPKK dah makin dekat. Belajar di rumah dengan belajar di sekolah lain. Dekat sekolah patuh betul dengan cikgu. Dekat rumah ni Ummi garang macam ibu singa pun depa boleh gelak ja 😬

Credit source. 


Jerebu ni dah jadi masalah serantau kan. Tapi Ummi hairan juga kenapa masih tidak ada mekanisma khusus untuk menangani atau mengawal jerebu di peringkat serantau ye? It happens every year, dah dekat 10 tahun kot antara teruk dengan tidak je. Last time yang teruk was on 2015. Ummi masuk kategori high risk masa tu sebab tengah mengandungkan Adik. Keluar rumah hanya untuk jemput Abang dari sekolah je. 

Jerebu ni kesannya bukan sahaja dari segi kesihatan. Ada impak pada sektor ekonomi, pengangkutan, pendidikan dll. Moga di masa depan akan ada penyelesaian yang lebih baik untuk meminimumkan ancaman jerebu ni. Yes kita faham every year ada hutan/pokok kelapa sawit yang perlu dibakar tapi mungkin dibuat secara berperingkat dsbnya supaya kesannya boleh diminimakan. Kalau terbakar disebabkan natural cause macam kemarau ke memang tak boleh dielakkanlah. Janganlah pula kata kita patut bersyukur sebab 11 bulan lain kita hirup udara segar. Ini bukan menyelesaikan masalah, ini statement lari dari masalah. Silap hari bulan boleh mendatangkan marah 🤭

Antara perkara utama perlu dibuat ketika jerebu ialah kurangkan aktiviti luar serta minum air kosong sebanyak mungkin. 

Credit source. 

Panjang pula Ummi berceloteh. Almaklumlah di rumah ni ramai golongan berisiko untuk jatuh sakit. Kanak-kanak riang ada 4 orang plus warga emas permata seorang hihi... Tapi alhamdulillah setakat ni semua ok lagi kecuali Kakak. Adalah 'sok-sek sok-sek' sikit hidungnya. 

Moga Allah perkenankan doa kita semua, aamiin.

Credit source. 



14 comments:

  1. Allahu dekat Seremban pun sama jerebu teruk kategori sangat tidak sihat. Walaupun tengahari semalam hujan lebat tapi tak banyak perubahan.

    Samalah ibu-ibu risau kat anak-anak yang nak periksa ni. Aryssa nak PT3 harap dia sihat-sihat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim exam ni jadi bertambah risau... Takut anak-anak tak sihat kan

      Delete
  2. Kat semenyih pun teruk ipunya, sekolah tutup dari hari rabu smp jumaat ni, hari selasa tu sape yg boleh jemput anak dibenarkan jemput, yg naik bas tunggulah time bas datang pikup nnt.

    Entahlah PH, takleh nak hadam dah kalo pikir pasal jerebu ni, banyak2 istighfar la kita, mudah2an Allah ampunkan dosa2 kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak... Macam takde usaha nak reduce atau avoid jerebu ni :(

      Delete
  3. Hi Puan Hazel! Yes, teruk lah. Yesterday at the mall, I saw many mothers bringing their kids jalan-jalan and some had very cute face masks on :)

    ReplyDelete
  4. sama la kita, rujuk batu muda, tapi batu muda dgn rawang, jauh juga sebenarnya...walau ipu batu muda rendah, kami di rawang dah macam duk dalam kabus, ada ketika ipu batu muda tinggi, kami ok lagi, terang benderang, ada cahaya matahari..tapi risau jugaklah,minggu depan anak periksa psra pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...sesetengah kata tak accurate pun bacaan IPU ni, mungkin tak cover semua area or area tu terlalu besar, kira pukul rata je

      Delete
  5. setuju dgn akak.. nnti ada yg cakap ni takdir.. bukn itu yg kita nak.. nak penyelesainnya.. every year mcm ni dah acara tahunan pulak.. ni pun dah start sakit2 tekak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... Benda dah bertahun-tahun berlaku takkan lah kita yg Allah bagi akal ni tak boleh usahakan sesuatu dak?

      Delete
  6. semoga negara kita kembali pulih sedia kala dalam secepat mungkin, Aamiin

    ReplyDelete
  7. Tulah .... kadang rasa mcm dah tebal sangat jerebu tapi bacaan rendah. Hari ni dah start sekolah balik huhu... alangkah bestnya kalau sambung cuti lagi

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...hari ni da hujan.....

    ReplyDelete
  9. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete