Thursday 13 December 2018

Sala Classic Restaurant, Alor Setar


Bila dengar kami nak balik kampung cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor, Tok Umi ajak buat family day lagi tapi semua tak mau haha... Baru je raya haji hari tu family day di Bayan Lepas. Kami balik pun kejap je. Finally decided dinner kat luar je.


Tempat pilihan ialah Sala Classic Tomyam & Seafood Restaurant atau ringkasnya Sala Classic Restaurant. Lokasinya di Jalan Alor Mengkudu, Alor Star. Jangan tanya Umi macamana nak ke sini, tanya je En Waze 😜 Umi ni namanya je belajar dekat Alor Star tapi tak semua tempat dalam Alor Star ni Umi tahu. Takat Pekan Rabu, Kedah Shopping Center, Lorong Sempit, City Point, Hankyu Jaya dan stesen bas Mara tu Umi familiarlah. But now with the new development in the city, sometimes I am a bit loss. Banyak bangunan baru, jalan baru, new town etc. 

OK, back to the restaurant... Kami buat pre-booking; reserve tempat dan menu. Sampai tu terus makan je. Bala tentera ramai, tak larat nak kepung kalau lama sangat nak menunggu. But honestly it is advisable to do a pre-booking order esp if you come in a group. Save time. 




So nice of them...nampak Tok Umi bertongkat, depa mai hantaq ayaq basuh tangan. Small gesture that won our heart 👏👏👏

Teringin nak pulut ayam tu tapi dah full. 

BCF - best cousin forever 😘 


Maksu kata ayaq ni kat Hatyai 30 baht (3 ringgit ja) tapi kat sini depa juai sepuluh ringgit. Ayaq apa Umi pun taktau hehe... 


Kami pilih set A dan set B. Cuikup untuk kami 8 adults and 8 kids. Satu set tu bajet 6 orang makan. Just nice for us. 


Added menu was puyuh goreng kicap, the signature dish here. Seekor harganya rm7. And sup daging for kids. Boleh minta depa kurangkan/takyah masukkan cili sebab sup ni agak pedas esp for kids. 

Total kami makan malam tu rm383. Kecuali puyuh tu 42 ringgit (rm7 x 6 ekor) dan set A + set B totaling RM275,  Umi pun taktau breakdown bill tu so tak boleh nak share here. Yang Umi tau makan :D Time nak bayar, Walid 3 beradik pakat bawak keluar wallet masing-masing, keluar duit sorang seratuih 😁 Umi pulak dok hirup fresh oren srup-srup haha. 


Bahagia sungguh Umi makan sebab Adik tidoq baik punya dari mula sampai hinggalah ke balik 😆

.

Bagi Umi sedap semuanya. Makan ramai-ramai pulak tu lagilah berselera. Tempat pun selesa. Cuma kena tambah stand fan kot bagi lagi selesa. Air conditioned room pun ada. Boleh guna (with extra charge) for private function. Kalau nak makan di bawah bulan bintang pun boleh. Luas kawasan restoran ni. Sepanjang compound restoran ni ada bermalam stall pelbagai juadah ala Thai; aiskrim kelapa, pulut mangga dll... 

Alhamdulillah kenyang.


Sala Classic Restaurant
Jalan Alor Mengkudu
05400 Alor Star
Kedah Darul Aman.
Tel : 04 7355 273

No comments:

Post a Comment