Friday 2 November 2018

Lega 😅


Bila time exam mak-mak pastinya paling risaukan? Padahal anak tu rileks je kan. Tiga minggu ni memang umi stressed sikit sebab anak2 final exam. But now, lega! Semua dah setel final exam. Alhamdulillah. 





Patutnya Rabu dah setel exam subjek core, tapi Cikgu pulak lupa bagi kertas Sains social. Terpaksalah fw ke khamis. Kenalah baca buku lagi haha... 

But honestly untuk final exam kali ni Umi lebih relaks compared to mid-year exam hari tu. Sebabnya 3 minggu before final exam tu  murid2 SRAI tahun 1-5 direhatkan sempena UPSR,  UPKK & PSRA. First week cuti 4 hari, the following 2 weeks tu cuti separuh hari isnin-khamis. Umi pushed anak2 study time tu lah. Yang lawaknya Angah bila dah tiba hari exam dah tak study sebab dia kata dah study hari tu 😇😇😇 

Another thing is based on their mid term result Umi dah boleh expect preastasi depa macamana so kita fokus pada yang lemah. Untuk Angah yang dapat 'no 2' tu Umi pyscho banyak2 haha...hari-hari cakap dengan dia  "hujung tahun ni Angah nak naik pentaskan? Kenalah rajin baca buku..." DOA pun extra sikitlah untuk anak bertuah sorang ni :D 

Sekarang ni ada few papers yang dah dapat result. Alhamdulillah Abang memang tip-top result yang dah dapat ni. Ada harapanlah naik pentas haha... Angah? Alhamdulillah syukur memang baaaaaaanyak sangat improvement. Ada kot 5-6 papers dapat >90% alhamdulillah. Lega Umi sebab bukan cakap kosong je dengan Cikgu kata nak improve result for final exam ni.

Bukan nak riak bangga tapi nak catitkan disini moga dia baca nanti. Besar harapan Umi untuk anak2 Umi agar semuanya cemerlang dalam pelajaran (juga akhlak/adab/susila). Biar dia faham, usaha tangga kejayaan. Nak dapat sesuatu mesti kena usaha. Nak dapat lebih kena usaha lebih. Disamping tu, DOA jangan dilupa. 

Since exam dah habis, buku teks pun kena pulangkanlah. Bab ni pun Umi lega sangat. Sebabnya Angah jugaklah! Merata-rata buku teks dia letak; dalam bilik, bawah meja makan, bilik kakak semua tempatlah. Jenuh dah pok-pek-pok-pek suruh simpan setempat buat dek je. Risau takut hilang je huhu... Alhamdulillah cukup semua buku dia. Abang OK, dah besar dah faham tanggungjawab. 

But my relief was short-lived! 

Buku teks Darjah 2 dah dapat 😇😇😇
Excited dah dia dok baca. 

Janganlah letak merata-rata ye nak! 

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Good job Abang & Angah.

    ReplyDelete
  2. Siapalah tak gembira kalau anak berjaya PH... Semua ibu bapa mmg mengharapkan anak naik pentas tapi tulah .... nak buat mcm mana kalau tak dapat. Redho ajelah gamaknya....hihi


    ReplyDelete